Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Kaum Adam,Jom Berhenti Merokok?



 Assalamualaikum.
Lama dah tak update entry baru ^^
sorry,kekangan masa.Busy kan,lagi2 awal tahun mcm nie..
Ada juga kawan2 yg minta update resipi baru urmm..
Resipi memang dah ada,cuma nak update dalam blog je yang tak sempat ^^
InsyaAllah lepas ni akan kembali menjadi chef semula :)

So,pendek cerita..Kenapa dalam banyak2 tajuk,mummy 
pilih tajuk nie?Hehe.
Sebab utama,daddy perokok tegar.
Pening kepala mummy dengan asap rokok.hehe
(sorry daddy,termengumpat pulak)

Before nie,mummy pernah buat entry
mengenai isu merokok nie.Alhamdulilah,at least dapat la membantu
kawan2 di luar sana mendapatkan tips.
Ye tak?

Banyak sebenarnya tips untuk berhenti merokok.
cuma nak or tak nak je :)
Merokok nie dah jadi 1 tabiat,so,memang confirm memerlukan
masa untuk berhenti.
Isteri-isteri,awek-awek di luar sana yang senasib dengan mummy,
bagi la masa & sokongan kepada mereka untuk
menjayakan misi 'TAK NAK MEROKOK'.
(boleh ke ek?susah nie)

   1.Selalu berpuasa : Bila berpuasa,kita tak merokok lebih kurang 13jam
iaitu dari subuh sampai waktu maghrib.Even still boleh membalas dendam 
pada waktu malam,kalau selalu puasa,lama-lama sistem badan tu dah
biasa,pastu tak de laa ketagih sangat ^^
(boleh ke daddy nak puasa lama2?)

   
2.Luangkan masa terluang bersama orang yang tersayang : Kita mesti taknak
anak-anak kita merokok bila mereka sudah besar.So,kenalah
tunjuk sikap yg positif.
Biasakan diri jangan merokok depan anak-anak.
Banyak luangkan masa bersama dengan anak-anak atau
orang yang tersayang.

3.Aktif bersukan : Orang yang aktif bersukan biasanya
selalu menitikberatkan kesihatan tubuh badan.Cari aktiviti sukan 
yang sihat dan lakukan dengan kawan-kawan
untuk lebih seronok dan sebagai motivasi diri.

*Tips di atas adalah rentetan dari entry ini*

   
Nota Kaki:Kalau dah semua tips ni tak jalan juga,
pergi kedai beli NIQUITIN 
(yang ni mummy tak pernah try lagi)  
Rasanya boleh pilih nak yg tampal or gula-gula.
Ikut kajian,katanya dalam masa 5minit boleh menghilangkan 
ketagihan ^^.
Tapi harganya?? (mak datuk)
  Lebih kurang RM50-RM75 sekotak :)

Tapi confirm-confirm nnt ada yang cakap:
"Lagi mahal harga niquitin dari rokok,baik beli rokok"
LOL 

Cuci-cuci mata 

 
 Jom jengah entry ini:

       
Sekian :)


 
 

Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Monday, February 18, 2013

Siapa yang menanggung dosa kerana seorang wanita?


Assalamualaikum.Setelah hampir seminggu mummy busy promote segmen ,sempat juga laa mummy usha-usha mencari bahan untuk dimuatkan dalam entry baru :) Maklum lah,sambil buat entry,sambil tambahkan follower..2in1.. Baca tajuk kat atas.Macam confused sikit kan?By the way,entry ni sesuai dibaca semua kelompok umur dan jantina.Jom kita baca satu per satu.

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja.Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya.Adakalanya si wanita ini berkata:

"Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la.Bukan menyusahkan kau pun!"

Sebenarnya itu pun dah silap!Dek kerana dirinya yg tidak menutup aurat,beliau telah membuatkan org-org yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa.Siapakah orang-orang itu?Mereka ialah:

*suaminya / *ayahnya / *saudara lelakinya / *anak lelakinya

Keempat-empat lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul bebanan dosa yang dibuat oleh seorang wanita.Selain itu,di bawah,ada juga mummy senaraikan org-org lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita :

i)Sahabat : Sahabat yg menyuruh,mencadangkan dan yg dijadikan contoh utk seornag  
                 wanita membuka aurat.Berdosa kerana tidak menegur (dikira tidak
                 menyampaikan amanah Allah).

ii)Orang yang melihat : Sesiapa sahaja yg melihat dgn syahwat & ghairah akan 
                                  menanggung dosa penglihatan & dosa hati.Setiap mata yg 
                                  memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan
                                  si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.

iii)Jurufoto : Jurufoto yang mengambil gambar wanita yang bukan mahramnya yang tidak
                    menutup aurat adalah berdosa.Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan
                    gambar itu di dalam internet,majalah dan sbg nya.

iv)Penjual/Penyebar : Orang yg menjual majalah,gambar-gambar dan sesiapa shj yang 
                                 menyebarkan gambar wanita yg tidak menutup aurat dalam FB,
                                 Tagged,Friendster,Twitter dan lain-lain turut menanggung dosa.
                                 Dalam Islam,apa sahaja yang haram adalah haram utk dijual dan
                                 disebarkan.
v)Pembeli/Pembaca : Orang yang membeli atau membaca turut menanggung dosa.Sesiapa
                                 yang menyumbang dan memberi sokongan utk kejayaan mereka yg
                                 mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing.
                                 
Inilah antara orang-orang yg menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Nauzubillah.Setelah membaca ,mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak
dosa yang telah kita kumpulkan?Beristighfar :)


Sumber nota : MR.PEN PATAH 
Sumber gambar : MR.GOOGLE





     

Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Thursday, February 14, 2013

Teknik Make Up Wanita Yang Membuatkan Lelaki Menangis

KLIK READ MORE UNTUK MEMBACA :)
 


Assalamualaikum.
Mummy ada la dok usha2 kat 1 BLOG INI..Tertarik pulak dengan cerita yang di share kan di entry beliau :)

Lets share..Tapi,post ini bukan untuk :

1)mengaibkan mana-mana individu
2)memperlekehkan kaum wanita
3)mengembangkan hidung kaum lelaki
4)dan sewaktunya yg bermaksud provokasi

Post ini sekadar 'sharing is caring' je okay..
Mana tahu boleh buat anda tersenyum :)

(tengok ikut turutan no ye)


  
And taraaa...


See,inilah yang dikatakan kuasa make up.
Kan?
Tidak kisah lah mcm mana pendirian individu itu sendiri
apapun takkan merubah persepsi bahawa
'wanita dan make up tidak boleh dipisahkan'

So,renung-renungkan dan selamat beramal.

Nota kaki : Gambar sumber dari Mr.Google :)

   
Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

10 Perbuatan Yang Sia-Sia

 Assalamualaikum.
 Dah lama rasanya tak update entry baru mengenai tips2 atau petua2..
Nie gara-gara terbaca 1 post kat FB tentang keluh kesah (macam-macam hal).
Jadi mummy pun dok lah berblogwalking ke sana sini
mencari bahan untuk dikaitkan dengan entry kali ini..
Why not kan,sambil menambahkan kenalan,dapat juga kita menimba ilmu baru :)

Ustazah Siti Nor Bahyah menyatakan bahawa ada 10 perkara 
yang termasuk di dalam kategori yang sia-sia atau rugi.
Iaitu :

1)Lelaki atau wanita yang berdoa utk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkannya
doa utk ibu bapanya sendiri & kaum muslimin.
(Tolong hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah Bonda mummy ya)  

2)Orang yang sering membaca Al-Quran
tetapi tidak membaca secara tertib dan tidak istiqamah sampai seratus ayat
setiap hari.

3)Lelaki yg masuk ke dalam masjid kemudian dia keluar kembali dari masjid itu 
tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4)Orang yg melalui kawasan tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan 
pengampunan kepada mereka.

5)Lelaki yang pergi ke bandar pada hari Jumaat,tetapi dia keluar dari bandar
itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6)Lelaki atau wanita yg tinggal di suatu kawasan dengan ulama 
tapi tidak mempergunakan kesempatan itu utk menambah pengetahuannya.

7)2 orang yang bersahabat tetapi mereka tidak saling bertanyakan tentang
keadaan masing-masing dan keluarganya.

8)Lelaki atau wanita yg mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi
buat acuh tidak acuh dan tidak melayannya dengan baik.

9)Pemuda yg menjadikan zaman mudanya berlalu begitu shj tanpa memanfaatkan
waktu yg berharga itu utk menuntut ilmu dan meningkatkan 
budi pekertinya.

10)Orang yg tidak menyedari jiran tetangganya yang sedang dlm kelaparan,
sedangkan dia makan dengan kenyangnya di rumah.


Nampak remeh tapi sebenarnya,bila kita menyempurnakan amalan-amalan 
di atas InsyaAllah kita akan menjadi manusia yg lebih baik akan datang :)

Hope tips-tips dan panduan ini berguna utk renungan kita bersama..
  
         

Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)