Thursday, February 14, 2013

10 Perbuatan Yang Sia-Sia

Views
 Assalamualaikum.
 Dah lama rasanya tak update entry baru mengenai tips2 atau petua2..
Nie gara-gara terbaca 1 post kat FB tentang keluh kesah (macam-macam hal).
Jadi mummy pun dok lah berblogwalking ke sana sini
mencari bahan untuk dikaitkan dengan entry kali ini..
Why not kan,sambil menambahkan kenalan,dapat juga kita menimba ilmu baru :)

Ustazah Siti Nor Bahyah menyatakan bahawa ada 10 perkara 
yang termasuk di dalam kategori yang sia-sia atau rugi.
Iaitu :

1)Lelaki atau wanita yang berdoa utk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkannya
doa utk ibu bapanya sendiri & kaum muslimin.
(Tolong hadiahkan Al-Fatihah untuk arwah Bonda mummy ya)  

2)Orang yang sering membaca Al-Quran
tetapi tidak membaca secara tertib dan tidak istiqamah sampai seratus ayat
setiap hari.

3)Lelaki yg masuk ke dalam masjid kemudian dia keluar kembali dari masjid itu 
tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4)Orang yg melalui kawasan tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan 
pengampunan kepada mereka.

5)Lelaki yang pergi ke bandar pada hari Jumaat,tetapi dia keluar dari bandar
itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjemaah.

6)Lelaki atau wanita yg tinggal di suatu kawasan dengan ulama 
tapi tidak mempergunakan kesempatan itu utk menambah pengetahuannya.

7)2 orang yang bersahabat tetapi mereka tidak saling bertanyakan tentang
keadaan masing-masing dan keluarganya.

8)Lelaki atau wanita yg mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi
buat acuh tidak acuh dan tidak melayannya dengan baik.

9)Pemuda yg menjadikan zaman mudanya berlalu begitu shj tanpa memanfaatkan
waktu yg berharga itu utk menuntut ilmu dan meningkatkan 
budi pekertinya.

10)Orang yg tidak menyedari jiran tetangganya yang sedang dlm kelaparan,
sedangkan dia makan dengan kenyangnya di rumah.


Nampak remeh tapi sebenarnya,bila kita menyempurnakan amalan-amalan 
di atas InsyaAllah kita akan menjadi manusia yg lebih baik akan datang :)

Hope tips-tips dan panduan ini berguna utk renungan kita bersama..
  
         

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)