Showing posts with label Resipi Mummy. Show all posts
Showing posts with label Resipi Mummy. Show all posts

Wednesday, January 02, 2013

Ikan Bilis Goreng Petai

Wuuu lamanya x update entry baru di blog kesayangan mummy nie..So sorry pada korang2 sebab lama mummy sepikan diri,uhuk... Erm,,untuk entry nie,mummy just dpt share pasal menu yg mummy sempat buat tempoh hari..simple and easy...Dah2,cepat amik pen & kertas.. hehehe...

Bahan-bahan ( 2-3 orang makan )

  • 2 genggam ikan bilis ( digoreng )
  • 1 papan petai tidak dibuang kulit ( hiris halus dan digoreng )
  • 1 biji bawang merah ( dihiris )
  • 2 ulas bawang putih ( dihiris )
  • 7 biji cili api ( dihiris )
  • 2 1/2 sudu makan cili kisar
  • Sedikit guka melaka.
  • Sedikit gula dan garam.
  • 1 biji bawang besar ( dihiris )

    Cara-cara

  • Tumiskan bawang merah, cili api, bawang putih dan juga bawang besar sehingga naik bau harum nya,
  • Bila bahan2 yg dihiris tadi da naik bau harumnya,, masukkan pula cili kisar tadi. Masak sehingga terbit minyak.
  • Kemudian masukkan pula gula melaka,, kacau biar sebati. Lepas tu perasakan dgn sedikt gula dan garam.
  • Masukkan pula petai dgn ikan bilis tadi. Kacau seketika agar sebati.
  • Dah siap,, boleh dihidang bersama nasi panas,, lempeng mahu pun dimakan bersama roti :)

Okay..nampaknya ini shj untuk entry terbaru yg dpt mummy update..
see u on next entry okay..mmuuahhh!
Maybe lepas beberapa minggu lagi,mummy akan singgah2 dan jengah2 blog korang pula k...:)

Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Monday, December 03, 2012

Mufin Coklat Chip

Pic sampingan oleh google aje :) –bukan pic sebenar dr mummy
 


Wah..baru je 2 hari tak update blog,rasa rindu jek..Mau tak,online memang la online,tapi mummy sibuk laa mengblogwalking blog-blog followers mummy yang tersayang sambil memfollow-follow aje..hehe..tak dan nak update entry baru..Hah,entry hari nie,hope takde yang marah cos mummy nak share resipi terbaru yg sempat mummy buat pada cuti hujung minggu yg lalu..nyum nyum :) hehe..
So,pada anda2 yang nak resipi Mufin Coklat Chip nie,hah,cepat-cepat amik pen dan kertas hehe… Sebelum tue,mummy nak bagitahu,mummy pun 1st time berjinak-jinak buat resipi nie..Alhamdulilah 1st try,terus menjadi.. So,kalau u all nak buat muffin nie,kena lah rajin-rajin memberanikan diri dan buat sampai nyummy2 lazat okay? Nie kira 1 proses pembelajaran juga :) Tak cuba tak tahu rasa..hehe..


RESIPI MUFIN COKLAT CHIP (hidangan 15-20 biji bergantung kpd saiz cup muffin)


Bahan-bahan:


•240gm tepung kek/tepung gandum (mummy lebih suka guna terpung gandum sebab adunan nya lebih padat & mengenyangkan)

•240gm gula kastor (guna gula biasa pun boleh tapi blender halus dulu ok)
•240gm coklat chips (ikut suka nak banyak mana)
•30gm serbuk koko
•2 biji telur Gred AA
•300ml susu segar/susu pekat (mummy guna susu segar Dutch Lady,bau nya wangi)
•50ml minyak sayuran
•2 sudu serbuk penaik
•1 sudu esen vanilla (untuk bagi adunan wangi)
•1/2 sudu garam halus


Cara membuat:


•campurkan tepung,serbuk koko,gula kastor,serbuk penaik dan garam.gaul sebati dengan sudu.
•masukkan separuh daripada coklat chips ke dalam adunan tepung tadi,dan sebatikan.
•dalam mangkuk yang lain,pukul telur hingga kembang,dan kemudian masukkan susu segar sedikit demi sedikit,minyak sayuran dan esen vanila

•pukul sehingga sebati & kembang
•masuk kan adunan tersebut ke dalam adunan tepung tadi dan adun hingga jadi lembut
•cedok/tuangkan adunan ke dalam cup muffin & tabor lebihan coklat chips tadi di atas muffin. (oh ya tuang ¾ je adunan di dalam cup,takut nanti melimpah pula)
•bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit


 
  sorry kualiti pic dan tekstur muffin mummy tak berapa da bomb..hehe...
almaklumlaa 1st time try buat,alhamdulilah jadi...next time mummy nak cuba letak topping pula di atas...muffin nie sesuai dihidangkan bersama air teh o panas
dan bersantai semasa minum petang..yeehuuu!

Selamat mencuba :)
 
 
 

Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)