Pic sampingan oleh google aje :) –bukan pic
sebenar dr mummy
Wah..baru je 2 hari tak update blog,rasa rindu
jek..Mau tak,online memang la online,tapi mummy sibuk laa mengblogwalking
blog-blog followers mummy yang tersayang sambil memfollow-follow aje..hehe..tak
dan nak update entry baru..Hah,entry hari nie,hope takde yang marah cos mummy
nak share resipi terbaru yg sempat mummy buat pada cuti hujung minggu yg
lalu..nyum nyum :) hehe..
So,pada anda2 yang nak resipi Mufin Coklat Chip
nie,hah,cepat-cepat amik pen dan kertas hehe… Sebelum tue,mummy nak
bagitahu,mummy pun 1st time berjinak-jinak buat resipi
nie..Alhamdulilah 1st try,terus menjadi.. So,kalau u all nak buat muffin
nie,kena lah rajin-rajin memberanikan diri dan buat sampai nyummy2 lazat okay?
Nie kira 1 proses pembelajaran juga :) Tak cuba tak tahu rasa..hehe..
RESIPI MUFIN COKLAT CHIP (hidangan 15-20 biji
bergantung kpd saiz cup muffin)
Bahan-bahan:
•240gm tepung kek/tepung gandum (mummy lebih
suka guna terpung gandum sebab adunan nya lebih padat & mengenyangkan)
•240gm
gula kastor (guna gula biasa pun boleh tapi blender halus dulu ok)
•240gm
coklat chips (ikut suka nak banyak mana)
•30gm
serbuk koko
•2
biji telur Gred AA
•300ml
susu segar/susu pekat (mummy guna susu segar Dutch Lady,bau nya wangi)
•50ml
minyak sayuran
•2
sudu serbuk penaik
•1
sudu esen vanilla (untuk bagi adunan wangi)
•1/2
sudu garam halus
Cara membuat:
•campurkan
tepung,serbuk koko,gula kastor,serbuk penaik dan garam.gaul sebati dengan sudu.
•masukkan
separuh daripada coklat chips ke dalam adunan tepung tadi,dan sebatikan.
•dalam
mangkuk yang lain,pukul telur hingga kembang,dan kemudian masukkan susu segar
sedikit demi sedikit,minyak sayuran dan esen vanila
•pukul
sehingga sebati & kembang
•masuk
kan adunan tersebut ke dalam adunan tepung tadi dan adun hingga jadi lembut
•cedok/tuangkan
adunan ke dalam cup muffin & tabor lebihan coklat chips tadi di atas muffin.
(oh ya tuang ¾ je adunan di dalam cup,takut nanti melimpah pula)
•bakar
pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit
almaklumlaa 1st time try buat,alhamdulilah jadi...next time mummy nak cuba letak topping pula di atas...muffin nie sesuai dihidangkan bersama air teh o panas
dan bersantai semasa minum petang..yeehuuu!
Selamat mencuba :)
No comments:
Post a Comment