Showing posts with label Petua Di Dapur Je. Show all posts
Showing posts with label Petua Di Dapur Je. Show all posts

Wednesday, January 02, 2013

Ikan Bilis Goreng Petai

Wuuu lamanya x update entry baru di blog kesayangan mummy nie..So sorry pada korang2 sebab lama mummy sepikan diri,uhuk... Erm,,untuk entry nie,mummy just dpt share pasal menu yg mummy sempat buat tempoh hari..simple and easy...Dah2,cepat amik pen & kertas.. hehehe...

Bahan-bahan ( 2-3 orang makan )

  • 2 genggam ikan bilis ( digoreng )
  • 1 papan petai tidak dibuang kulit ( hiris halus dan digoreng )
  • 1 biji bawang merah ( dihiris )
  • 2 ulas bawang putih ( dihiris )
  • 7 biji cili api ( dihiris )
  • 2 1/2 sudu makan cili kisar
  • Sedikit guka melaka.
  • Sedikit gula dan garam.
  • 1 biji bawang besar ( dihiris )

    Cara-cara

  • Tumiskan bawang merah, cili api, bawang putih dan juga bawang besar sehingga naik bau harum nya,
  • Bila bahan2 yg dihiris tadi da naik bau harumnya,, masukkan pula cili kisar tadi. Masak sehingga terbit minyak.
  • Kemudian masukkan pula gula melaka,, kacau biar sebati. Lepas tu perasakan dgn sedikt gula dan garam.
  • Masukkan pula petai dgn ikan bilis tadi. Kacau seketika agar sebati.
  • Dah siap,, boleh dihidang bersama nasi panas,, lempeng mahu pun dimakan bersama roti :)

Okay..nampaknya ini shj untuk entry terbaru yg dpt mummy update..
see u on next entry okay..mmuuahhh!
Maybe lepas beberapa minggu lagi,mummy akan singgah2 dan jengah2 blog korang pula k...:)

Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Wednesday, November 28, 2012

5 Petua Di 1 Hari

01- Memotong buah-buahan
Sebelum memotong buah-buahan, pisau hendaklah disapu dengan limau nipis terlebih dahulu. Dikatakan limau nipis mengelak potongan buah-buahan daripada menjadi lebam.
02- Hindari Kumbang Beras
Hindari beras daripada kumbang beras dengan meletakkan 7 hingga 8 tangkai cili kering kedalam tempat  menyimpan beras. Cili kering tersebut hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi.  
03- Masalah Nasi Mentah
Sekiranya nasi yang kita masak tidak cukup masak atau mentah, jangan risau kerana masaalah ini masih boleh diatasi. Caranya mudah saja. Anda hanya perlu isikan air panas kedalam sebiji mangkuk kecil yang tahan panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian masukkan mangkuk yang berisi air panas tadi. Tutup periuk rapat-rapat dan biarkannya diatas api yang perlahan beberapa minit sehingga nasi masak.


04- Lauk Terlebih Masin
Kadangkala tanpa disengajakan, lauk yang kita masak menjadi terlalu masin dan ini menjadikan ianya kurang enak untuk dimakan. Untuk mengatasi masalah ini, mula-mula ambil sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih. Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. Insya-Allah rasa masin akan berkurangan.


05- Bubur kacang lebih enak
Sebelum merebus kacang, elok digoreng tanpa minyak terlebih dahulu. Goreng sehingga agak garing sedikit dan berbau wangi. Matikan api. Selepas itu rendam dalam air lebih kurang 2 jam supaya ia cepat kembang dan lebih cepat masak nanti. Insya-Allah anda akan dapat bubur kacang yang lebih enak kerana bangkit bau wanginya, apatah lagi di tambah dengan durian sebagai perisa tambahan.


Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

5 Petua Di 1 Hari

01- Kacang cepat empuk
 
Jika ingin membuat bubur kacang tentu anda mempunyai masalah semasa merebus kacang. Ini kerana kacang yang akan direbus itu memakan masa yang agak lama untuk empuk. Bagi mengatasi masalah ini, masukkan sudu bersama-sama kacang yang hendak direbus. Cara ini akan mempercepatkan masa untuk merebus kacang tadi. 


02- Menghilangkan bau hangit

Sesetengah orang tidak tahan atau pening bila terhidu bau hangit. Cara menghilangkan bau hangit termasuklah hangit nasi atau  masakan-masakan lain adalah dengan cara masukkan dua atau tiga tangkai cili kering ke dalam periuk. Kemudian, tutup dan biarkan seketika. Insya-Allah, bau hangit itu akan hilang. 


 03- Cili giling terlalu pedas
 
Masakan yang menggunakan cili kering yang digiling sememangnya sedap. Tetapi, jika cili terlalu pedas, mungkin mengakibatkan sakit perut. Untuk mengurangkan pedas cili tersebut, goreng seketika cili kering dengan minyak. Kemudian, tos dan gilingkan cili tersebut. Pedasnya akan berkurangan dan warna cili tersebut akan kelihatan lebih cantik.




 04- Mudah mengopek kerang
 
Mudahkan mengopek kerang dengan mencampurkan sesudu minyak masak ke dalam air rebusan. Nescaya kerang akan tebuka sedikit dan memudahkan anda mengopeknya nanti.




 05- Tauhu tahan lama

Bagi mencegah tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cuci dengan air bersih. Tus kan tauhu sehingga ia kering dan tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.







Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Tuesday, November 20, 2012

Tips Telur Rebus Mudah Dikupas



Telur kalau tidak dikupas dengan betul tentu isi luarnya mudah terkoyak.Terdapat banyak petua mengupas telur antaranya merebus telur dengan cuka.



Cara mudah lain ialah telur yang telah direbus di rendam di dalam air.Kemudian barulah dikupas.Tentu anda mudah untuk mengupasnya.


Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Tips Atasi Nasi Lembik



Masukkan dua biji telur ayam ke dalam periuk nasi.Biarkan seketika,hasilnya nasi akan menjadi kering dengan sempurna.

 p/s:kalau tak nak nasi lembik , kena pandai sukat air ye..hehehe

Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Tuesday, November 13, 2012

Cara Rebus Telur Tidak Pecah


Merebus telur dalam jumlah yg besar seperti di hari perkahwinan,kadang-kadang
menyebabkan telur menjadi retak@pecah,so bagi mengelakkan keadaan ini berlaku,masukkan
dua genggam GARAM bersama telur semasa merebus..
Maka telur akan masak dengan sempurna & elok…



Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)