Wednesday, January 02, 2013

Ikan Bilis Goreng Petai

Views
Wuuu lamanya x update entry baru di blog kesayangan mummy nie..So sorry pada korang2 sebab lama mummy sepikan diri,uhuk... Erm,,untuk entry nie,mummy just dpt share pasal menu yg mummy sempat buat tempoh hari..simple and easy...Dah2,cepat amik pen & kertas.. hehehe...

Bahan-bahan ( 2-3 orang makan )

  • 2 genggam ikan bilis ( digoreng )
  • 1 papan petai tidak dibuang kulit ( hiris halus dan digoreng )
  • 1 biji bawang merah ( dihiris )
  • 2 ulas bawang putih ( dihiris )
  • 7 biji cili api ( dihiris )
  • 2 1/2 sudu makan cili kisar
  • Sedikit guka melaka.
  • Sedikit gula dan garam.
  • 1 biji bawang besar ( dihiris )

    Cara-cara

  • Tumiskan bawang merah, cili api, bawang putih dan juga bawang besar sehingga naik bau harum nya,
  • Bila bahan2 yg dihiris tadi da naik bau harumnya,, masukkan pula cili kisar tadi. Masak sehingga terbit minyak.
  • Kemudian masukkan pula gula melaka,, kacau biar sebati. Lepas tu perasakan dgn sedikt gula dan garam.
  • Masukkan pula petai dgn ikan bilis tadi. Kacau seketika agar sebati.
  • Dah siap,, boleh dihidang bersama nasi panas,, lempeng mahu pun dimakan bersama roti :)

Okay..nampaknya ini shj untuk entry terbaru yg dpt mummy update..
see u on next entry okay..mmuuahhh!
Maybe lepas beberapa minggu lagi,mummy akan singgah2 dan jengah2 blog korang pula k...:)

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

2 comments:

kay shafiQ said...

Mmng nampak simple tp sayangnya diri ini dicipta x mengemari petai. Huhuhu

Unknown said...

huhu rugi taw :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)