Wednesday, December 05, 2012

Pantang Larang Orang Melayu Tentang Makan

Views
Orang melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan samada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian.Ia bukan sahaja bertujuan utk pengajaran tetapi juga utk menjaga sopan santun orang Melayu.Maksud di sebalik larangan ini ialah utk pendidikan dan kesihatan.Kalau tidur semasa perut kenyang,makanan yang dimakan belum hadam.Ia akan melalaikan seseorang drpd melakukan pekerjaan lain dan juga mengerjakan solat..:) kan?

Berikut mummy nak share beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:


1.Makan mencangkung payah dapat rezeki
2.Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh
3.Makan beras mentah dapat penyakit kuning
4.Makan telur tembelang dapat penyakit barah
5.Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding
6.Makan sisa anak nanti anak menjadi degil

7.Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing
8.Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu
9.Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar
10.Makan pinggan bertindih nanti beristeri dua
11.Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut
12.Makan buah berangan nanti lambat dapat jodoh
13.Makan nasi disenduk nanti payah dapat rezeki
14.Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit
 

 
  

Selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan.Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:


~Ketika berkunjung ke rumah orang,apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman,adalah elok tidak menolaknya.Jika kenyang sekalipun,kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yg disajikan.
~Setelah makan dihidangkan,pastikan org yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh org muda pula mengambil tempat masing-masing
~Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yg lebih tua

~Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda.
~Ketika makan,seeloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita.Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai.Mintlah bantuan orang lain jika mahu berbuat demikian.
~Ketika menghulur atau menyambut makanan,sebaik-baiknya gunakan tangan kanan,tetapi jika tangan kanan kotor,bolehlah kita gunakan tangan kiri.

~Semasa mengambil kuah atau nasi,gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
~Pastikan sudu,piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk.Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran.

~Ketika makan,janganlah bercakap-cakap.Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.
~Jangan makan berbunyi,umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.
~Ketika orang lain sedang makan,janganlah menghembus hingus atau berludah.
~Jangan makan terlalu kenyang.Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut shj.
~Jika selesai makan dahulu,jangan sesekali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan.

~Tidak sopan jika mengemas meja ketika orang lain sedang  masih makan.Jika dilakukan,kita seolah-olah menyindirnya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabiskan makanan.
~Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan atau waktu maghrib.Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya shj.Waktu maghrib pula adalah waktu yg paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah utk meninggalkan tetamu keseorangan.

Mummy's Note

Pantang larang ini diadakan bukan shj sebagai pengajaran tetapi bertujuan utk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan.


Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

3 comments:

kitatauke said...

walaupun ade yg mcm tak logik...tapi kebanyakannya berguna petua org2 tua ni...

mummy aien said...

betul tue..nampak x logik , tp ada yg b'guna kan? hehe

tirahzairi said...

mcm scary je kalo btl dpt cmtu....org2 dulu sj nak suruh kita beradab kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)