Orang
melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan
samada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian.Ia bukan sahaja bertujuan
utk pengajaran tetapi juga utk menjaga sopan santun orang Melayu.Maksud di
sebalik larangan ini ialah utk pendidikan dan kesihatan.Kalau tidur semasa
perut kenyang,makanan yang dimakan belum hadam.Ia akan melalaikan seseorang
drpd melakukan pekerjaan lain dan juga mengerjakan solat..:) kan?
Berikut
mummy nak share beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
1.Makan
mencangkung payah dapat rezeki
2.Makan
dalam belanga dapat anak rupa hodoh
3.Makan
beras mentah dapat penyakit kuning
4.Makan
telur tembelang dapat penyakit barah
5.Makan
kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding
6.Makan
sisa anak nanti anak menjadi degil
7.Makan
dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing
8.Makan
tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu
9.Makan
pisang kembar nanti dapat anak kembar
10.Makan
pinggan bertindih nanti beristeri dua
11.Makan
sambil berjalan akan dapat penyakit perut
12.Makan
buah berangan nanti lambat dapat jodoh
13.Makan
nasi disenduk nanti payah dapat rezeki
14.Tidur
selepas makan nanti perut jadi buncit
Selain
pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan
makan.Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:
~Ketika
berkunjung ke rumah orang,apabila tuan menghidangkan makanan atau
minuman,adalah elok tidak menolaknya.Jika kenyang sekalipun,kita hendaklah
setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yg disajikan.
~Setelah
makan dihidangkan,pastikan org yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru
diikuti oleh org muda pula mengambil tempat masing-masing
~Anak
gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yg lebih tua
~Biarkan
orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh
orang muda.
~Ketika
makan,seeloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita.Jangan menjangkau
makanan yang sukar dicapai.Mintlah bantuan orang lain jika mahu berbuat
demikian.
~Ketika
menghulur atau menyambut makanan,sebaik-baiknya gunakan tangan kanan,tetapi
jika tangan kanan kotor,bolehlah kita gunakan tangan kiri.
~Semasa
mengambil kuah atau nasi,gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak
kotor.
~Pastikan
sudu,piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk.Ini
dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran.
~Ketika
makan,janganlah bercakap-cakap.Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan
makanan.
~Jangan
makan berbunyi,umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.
~Ketika
orang lain sedang makan,janganlah menghembus hingus atau berludah.
~Jangan
makan terlalu kenyang.Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut shj.
~Jika
selesai makan dahulu,jangan sesekali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang
yang sedang makan.
~Tidak
sopan jika mengemas meja ketika orang lain sedang masih makan.Jika dilakukan,kita seolah-olah
menyindirnya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabiskan makanan.
~Jangan
pergi ke rumah orang pada waktu makan atau waktu maghrib.Ini mengganggu tuan
rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya
shj.Waktu maghrib pula adalah waktu yg paling singkat dan kedatangan tetamu
menyebabkan tuan rumah serba salah utk meninggalkan tetamu keseorangan.
Mummy's Note
Pantang
larang ini diadakan bukan shj sebagai pengajaran tetapi bertujuan utk menjaga
tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan.
3 comments:
walaupun ade yg mcm tak logik...tapi kebanyakannya berguna petua org2 tua ni...
betul tue..nampak x logik , tp ada yg b'guna kan? hehe
mcm scary je kalo btl dpt cmtu....org2 dulu sj nak suruh kita beradab kan
Post a Comment