Wednesday, December 05, 2012

Muhasabah Diri : Jadilah Orang Yang Bersyukur

Views

Hari ini sebelum kita mangatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkanlah ttg seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan ttg seseorang yg meminta-minta di jalanan.
Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan ttg seseorang yg berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum mengeluh ttg suami atau isteri anda,
Fikirkan ttg seseorang yg memohon kepada Allah utk dipertemukan jodoh dan diberikan teman hidup.
Hari ini sebelum kita mengeluh ttg hidup,
Fikirkanlah ttg seseorang yg meninggal dunia terlalu cepat.
Sebelum kita mengeluh ttg anak-anak kita,
Fikirkan ttg seseorang yg sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum kita mengeluh ttg rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkanlah ttg orang-orang yg tinggal di jalanan.
Dan di saat kita letih dan mengeluh ttg pekerjaan,
Fikirkan ttg pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.
Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada satu orang pun yang tidak berdosa.
Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup!

Sumber artikel : Mohd Faizal Zakaria (penceramah motivasi)

Mummy notes : Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan kurniaan yang Allah berikan kepada kita.Ingat janji ALLAH SWT , barangsiapa bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya,maka Allah akan tambah lagi nikmat itu.Sebaliknya barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu maka sesungguhnya azab ALLAH amatlah pedih.

 


Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

2 comments:

ANNA MARIANA said...

nice n3..
peringatan buat semua
orang dan tak lupa buat
diri anna agar selalu
mensyukuri nikmat yang
ALLAH bagi...

mohammad daryanto said...

Apapun yang diberikan Alloh pada kita,
Kita harus tetap bersyukur

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)