Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts
Showing posts with label Luahan Hati. Show all posts

Wednesday, January 30, 2013

Kisah meruntun jiwa


Mummy terpaksa akui ini,sebaik seorang sahabat
men'tag' mummy dengan 1 kisah sedih di sebuah blog,
ternyata tanpa mummy sedar air mata turut tertumpah..
Ya Allah Kau tabahkan lah hati keluarga arwah dan kau tempatkanlah
arwah Siti Hajar di kalangan hamba-Mu yang
beramal soleh dan beriman.
Untuk kita yang masih bernyawa di atas muka bumi Allah ini,
sama-sama lah kita bermuhasabah dan mengambil iktibar 
dari kisah sedih pemilik blog ini  di mana post
tersebut telah dimuat naik oleh bonda arwah sendiri..
Subhanallah..Besar betul kuasa Allah..
*Klik blog arwah siti hajar  untuk membaca*   

Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Monday, November 26, 2012

Mahkamah Hati (Jom Muhasabah Diri)



Assalamualaikum..kali ini mummy nak sarankan pada anda semua untuk membaca artikel ini..
Ia nya sangat menarik untuk diamati dan semoga bermanfaat.
Berkenaan dengan “Mahkamah Hati” satu istilah yang baru pertama kali mummy dengar :)
Entry kali nie pun mummy rujuk pada satu blog yang selalu mummy kunjungi..


MAHKAMAH HATI

Bukankah kita sering diperingatkan,berani kerana benar,takut kerana salah?Benar itu menjadi sumber keberanian.Salah itu juga punca ketakutan.Jangan dibiarkan hidup dalam ketakutan,akibat terus menerus melakukan kesilapan.Bersalah menimbulkan rasa bersalah.Rasa bersalah itu sangat menyeksa selagi tidak ditebus dengan maaf & taubat.Bersalah manusia pun sudah cukup meresahkan,apatah lagi bersalah kepada Allah.Mahkamah pengadilan itu ada tiga:

√Mahkamah Di Dunia
√Mahkamah Di Akhirat
√Mahkamah Hati



1.Pertama : Mahkamah di dunia
Yang mana saksi,pendakwa dan hakimnya adalah manusia seperti kita juga.
Kekadang dengan kebijaksanaan dan kelicikan,mahkamag dunia ini dpaat diperdayakan.
Telah sering kali yang bersalah terlepas sebaliknya yang benar pula terhukum.Justeru,masyhurlah kata hukum,
tidak ada keadilan yang muktamad dan mutlak di dunia ini.
Justeru sering bolos,bilis sahaja di gilis :)


2.Kedua:Mahkamah di akhirat
Yang hakimnya adalah Allah yang Maha Adil.Di sana nanti,yang benar akan terserlah,yang salah pasti kalah.
Akan ketara segalanya walau bagaiman pandai sekalipun bersilat kata.Tidak payah didatangkan saksi atau pun barang bukti kerana apa yang ada pada diri kita akan hidup untuk menjadi saksi.
Kulit,tangan,kaki dan segala anggota akan bercakap.
Rupa-rupanya body yang kita jaga,elus dan belai kini akan mendakwa kita di masyhar nanti.
Dan di sanalah nanti akan tertegak keadilan hakiki.


3.KetigaMahkamah hati
Saksi,pendakwa dan hakimnya adalah hati sendiri.
Hati kecil yang sentiasa bersuara walau cuba dipendamkan oleh tuannya.
Protesnya terhadap perlakuan dosa sentiasa bergema dalam rahsia.
Fitrahnya akan menjerit.Itulah jeritan batin yang mampu menghantar pemilinya ke penjara jiwa yang lebih menyakitkan.

Ya dosa boleh disembunyikan daripada pengetahuan manusia.Tetapi tidak akan mampu disembunyikan daripada Allah dan hati sendiri.Kita mungkin mampu menipu manusia tetapi kita tidak mungkin mampu menipu Allah dan diri sendiri.
Jadi,ke mana lagi kita ingin menyembunyikan diri ketika dipanggil untuk
dibicarakan  di mahkamah hati?
Setiap masa,setiap ketika dan setiap suasana hati kecil akan bersuara.
Tidak tega dengan kesalahan,tidak rela dengan kemungkaran.

Dosa itu derita.Kerana yang salah atau dosa itu sangat member kesan pada jiwa.
Bila kita berdosa,hakikatnya kita melakukan 2 perlanggaran.
Pertama,perlanggaran ke atas fitrah hati yang tabii.Kedua,perlanggaran terhadap Allah,zat yang Maha Tinggi.
Dua perlanggaran ini sudah cukup meragut ketenangan.

Rasullulah SAW sangat arif tentang hakikat ini.Justeru itu,beliau ditanyakan apakah itu dosa?
Baginda menjawab:
Dosa adalah sesuatu yang menyebabkan hati kamu resah dan kamu tidak suka orang lain melihat kamu melakukannya


Oleh itu,awaslah wahai diri.Dosa itu adalah racun.Bahananya akan merosak
secara perlahan atau mendadak.
Kata ulama,mujurlah dosa itu tidak berbau jika tidak,tidak aka nada siapa yang sudi mendekati kita.
Justeru,sering-seringlah bersidang di mahkamah hati.
Selalulah bertanyakan hati kecil sendiri.
Hati itu tak kan berdusta selagi ia tidak mati :)


Read more...

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)