Hari
ini sebelum kita mangatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkanlah ttg
seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.
Sebelum
anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan
ttg seseorang yg meminta-minta di jalanan.
Sebelum
kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan
ttg seseorang yg berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.
Sebelum
mengeluh ttg suami atau isteri anda,
Fikirkan
ttg seseorang yg memohon kepada Allah utk dipertemukan jodoh dan diberikan
teman hidup.
Hari
ini sebelum kita mengeluh ttg hidup,
Fikirkanlah
ttg seseorang yg meninggal dunia terlalu cepat.
Sebelum
kita mengeluh ttg anak-anak kita,
Fikirkan
ttg seseorang yg sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
Sebelum
kita mengeluh ttg rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkanlah
ttg orang-orang yg tinggal di jalanan.
Dan
di saat kita letih dan mengeluh ttg pekerjaan,
Fikirkan
ttg pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan
seperti kita.
Sebelum
kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah
bahawa tidak ada satu orang pun yang tidak berdosa.
Dan
ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum
dan berterima kasihlah kepada Allah bahawa kita masih hidup!
Sumber
artikel : Mohd Faizal Zakaria (penceramah motivasi)
Mummy
notes : Marilah kita menjadi orang yang bersyukur atas segala nikmat dan
kurniaan yang Allah berikan kepada kita.Ingat janji ALLAH SWT , barangsiapa
bersyukur dengan nikmat yang diberikan kepadanya,maka Allah akan tambah lagi
nikmat itu.Sebaliknya barangsiapa yang kufur atau tidak mensyukuri nikmat itu
maka sesungguhnya azab ALLAH amatlah pedih.
2 comments:
nice n3..
peringatan buat semua
orang dan tak lupa buat
diri anna agar selalu
mensyukuri nikmat yang
ALLAH bagi...
Apapun yang diberikan Alloh pada kita,
Kita harus tetap bersyukur
Post a Comment