Thursday, November 29, 2012

Tips Untuk Berhenti Merokok Cara Betul & Berkesan

Views
 
Mcm serba tak kena sebenarnya mummy nak buat entry ini , tapi tu laa,hati ni dah meronta-ronta nak juga update isu ni walhal Mr.Daddy sendiri pun seorang perokok yang boleh dikategorikan tegar… 
Sebagaimana kita ketahui bahawa merokok lebih banyak member kerugian berbanding keuntungan. Merokok meningkatkan risiko 10 kali ganda untuk mendapat 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru,penyakit jantung dan angin ahmar. (huhu..dah puas dah bebel pada Mr.Daddy mengenai bahaya merokok,tapi biasa laa,masuk telinga kiri,keluar laa telinga kanan..Aduhai..hehe)
 
 Keburukan merokok dan mengapa perlu berhenti merokok?
1)       Merokok member keburukan kepada semua orang terutama orang di sekeliling seperti ahli keluarga. Ibu yang mengandung boleh melahirkan anak tidak cukup bulan,kurang berat badan atau mati selepas lahir.
2)     Kanak-kanak yg terdedah kepada asap rokok boleh menyebabkan kanak-kanak sering sakit dengan mengalami batuk,selesema serta jangkitan telinga.hidung dan tekak,mengalami perkembangan paru-paru yang lemah selain mendapat asma.

 
 
 
 
Tips Bagaimana Cara Untuk Berhenti Merokok Cara Betul & Berkesan

1.Tetapkan tarikh untuk berhenti iaitu target untuk anda berhenti merokok.
2.Yakin diri dan kuatkan azam untuk berhenti merokok.

3.Buat nota peringatan dan lekatkan di mana-mana tempat yang mudah utk anda lihat sebagai peringatan.
4.Katakan pada diri “Saya Bukan Perokok” dan tekadkan pada diri “Saya Mampu Berhenti Merokok”

5.Sentiasa berfikiran positif
6.Dapatkan sokongan drpd keluarga tersayang dan juga rakan taulan



7.Minum air kelapa muda bagi menghilangkan rasa ketagihan untuk merokok.
8.Setiap kali terasa untuk merokok cuba lengahkan dengan membuat perkara lain sehingga terleka.
9.Buang segala rokok dan kotak rokok yang masih terdapat dalam simpanan.


Pandai je mummy ni wat entry mcm nie,tapi Mr.Daddy tetap makin heavy merokok..hehehe..so,hopefully lah dengan entry nie,sedikit sebanyak membantu mummy membantu Mr.Daddy berhenti merokok..

Selamat mencuba :)


 

 

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

2 comments:

Anonymous said...

hihi.. mane leh na berenti merokok mummy.. diumpamakan kalau berenti macam ilang kawan baek sendiri tau. :P

Unknown said...

yeke?hehe...byk laaa...bukan kawan baik kat mana2 pun leh cari ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)