Yuuhhuu..mesti pun mummy dah berkahwin,dan
mempunyai keluarga sendiri,tapi tak pernah sedetik mummy lupakan kawan-kawan
mummy..Mummy yakin 200% hehe anda pun mesti ada rakan baik anda sendiri kan?
So,untuk entry kali ni,mummy nak share dengan anda 4 Jenis kawan yang perlu dijauhi. Jika anda mempunyai kawan seperti
yang diterangkan di bawah,berhati-hatilah atau kalau boleh,tinggalkan sahaja
kawan sedemikian…(opsss,bukan menghasut tetapi demi kebaikan bersama)
4 Jenis Kawan Yang Perlu Dijauhi :
(1) Kawan yang tamak : Dia hanya pentingkan diri
sendiri.Masa kita kaya atau senang,dia dekati.Tapi masa kita susah dia
menjauhkan diri.Dia selalu mengungkit-ungkit kebaikannya.
(2) Kawan yang hipokrit : Di depan kita bukan
main baiknya.Di depan kita bukan main manis mulutnya.Dia tunjuk hormat dan
puji-puji kita.Tapi di belakang kita,dia kutuk,dia caci,dia maki kita. Habis
rahsia dan keburukan kita diceritakan kepada org lain.Dia ni jenis tikam
belakang.
(3) Kawan
pengampu : Dia setuju dengan semua yang kita lakukan tidak kira betul atau
salah.Dia tidak berani menyatakan kebenaran.Dia tidak pernah menegur kita
walaupun kita sedang melakukan kesilapan.Hakikatnya dia tidak jujur dan tidak
ikhlas dengan kita.Semua perbuatannya seolah-olah macam ‘ada udang di sebalik
batu’ (ada motif tertentu yang kita tidak tahu)
(4) Kawan yang
suka hiburan : Dia menjadi kawan kita untuk tujuan berseronok-seronok.Dia suka
mengajak kita kepada perkara yang sia-sia contohnya pergi konsert,clubbing atau
melepak tanpa tujuan.Kerja dia hanya nak berseronok jer.Bila kita ajak dia
pergi masjid atau majlis agama,dia hanya ketawakan kita.
So,itulah
antara perkara yang perlu diambil kira dalam memilih kawan.Pokok pangkal tepuk
dada tanya diri..
Ali bin Abi
Thalib r.a pernah berkata:
“Sejahat-jahat
kawan ialah yang menyuruh engkau bermuka-muka dan memaksa engkau meminta maaf
atau selalu mencari alasan.”
Alang2 tu,mummy
nak dedikasikan sejuta kasih sayang untuk kawan-kawan mummy :)
Kita bersahabat
dunia & akhirat ya!
My Bestie (on left) : EMY , 2nd from right:Ms Nurul , right: Mrs.Eila
Ms.Nurul , EMY , Mrs.Eila
Friend forever..muackkkssss :)
1 comment:
friend s4ever ye mummy??? weekkkk!! tana kawan ngn mummy punnn.. :P
Post a Comment