Wah tengok title je,dah macam ala-ala lagu
dangdut pula..Hehe..tapi apa yang mummy nak share adalah beberapa perkara yang
seharusnya kita JANGAN………..
√ Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini
Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
√ Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai
alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,dan mengotori seluruh
rumah kita.
√ Jangan makan dan minum dalam bekas yang
pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.
√ Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
√ Jangan tidur selepas solat Subuh,nanti
rezeki mahal (berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
√ Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan Doa Makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
√ Jangan keluar rumah tanpa niat utk membuat
kebaikan.Takut kita mati di perjalanan.
√ Jangan pakai sepatu/selipar yang berlainan
pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
√ Jangan biar mata liar di perjalanan.Nanti
hati kita gelap diselaputi dosa.
√ Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa
kerana mati boleh datang bila-bila masa.
√ Jangan lupa bergantung kepada Allah dalam
setiap kerja kita.Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal,kecewa pula.
√ Jangan bakhil utk bersedekah.Sedekah itu
memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
√ Jangan banyak ketawa.Nanti mati jiwa.
√ Jangan biasakan berbohong,kerana ia ciri-ciri
munafik dan menghilangkan kasih orang kpd kita.
√ Jangan suka menganiaya manusia atau
haiwan.Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.
√ Jangan terlalu susah hati dengan urusan
dunia.Akhirat lebih utama dan hidup di sana lebih lama serta kekal selamanya.
√ Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu
berkata JANGAN.Sebab semuanya utk keselamatan kita.Sesungguhnya Allah lebih
tahu apa yang terbaik utk hamba ciptaan-Nya.
√ Jangan baca sahaja tetapi hendaklah
disusuli dengan amal..Ilmu tanpa amal seumpama pohon yang tidak berbuah.
Sekian..:)
No comments:
Post a Comment