Masa lapang yang ada
kat office ni,sempat juga la mummy usha ke beberapa fanpages dan Youtube.
Then hati mummy terus
tertarik pada 1 perkongsian yang sangat menarik dan berasa amat sesuai utk
dikongsi bersama anda , iaitu PETUA 8P agar kita semua dapat mengambil pengajaran dan
manfaat daripada ilmu ni.
Insyaallah , ia dipetik
dari sumber : Ustazah Siti NorBahyah iaitu seorang
penceramah agama bebas yang terkenal.. Wallahua’lam..:)
PETUA 8P
1.Puji : iaitu
setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek
kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih diberi pertolongan.
2.Peluk : yang
mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain
sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih
sayang.
3. Penghargaan :
di mana amalan member hadiah boleh menambah kasih sayang
4.Perhatian : yang
mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan
terasa diabaikan.
5.Persefahaman :
persefahaman suami isteri mesti dipupuk sejak dari awal perhubungan.Suami
isteri perlu bertolak ansur antara satu sama lain.
6.Pergaulan :
iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang
lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas,menimbulkan cemburu
seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga
7.Percutian : di
mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang
jauh drpd kesibukan dan kehidupan rutin
8.Permohonan :
iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami
isteri serta dijauhi drpd godaan kemewahan dan keseronokan dunia
Ustazah Siti NurBahyah juga menurunkan
beberapa amalan doa selepas solat yg boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan
kasih sayang antara suami isteri iaitu:
▪membaca surah al-Imran ayat ke-31 atau
▪membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas
baran suami
Kunci kebahagiaan rumah tangga yg sebenar
ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Apabila seseorang mengabaikan tanggungjawab
terhadap agama,dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.
“Ketika
kita jauh daripada Allah,iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan
menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga.” kata Ustazah.
Alhamdulilah,mudah-mudahan apa yang mummy
kongsikan ni sedikit sebanyak dapat memotivasikan diri mummy sendiri malah anda
juga.InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment