Assalamualaikum..
Berikut
adalah beberapa tips dan petua agar dipermurahkan rezeki:
1.Jangan
sesekali lupa untuk menunaikan ibadah kepada Allah
Walau sibuk macam mana
sekalipun,pastikan diri kita sentiasa menunaikan perintah2 Allah. Beribadah
kepada Allah,maka InsyaAllah pasti diri kita akan dimurahkan rezeki dan
sentiasa mendapat keberkatan.
Allah SWT tidak sia-siakan pengabdian
diri hambaNya seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai
anak Adam,sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan
menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu
dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”(Riwayat
Ahmad,Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
2.Memperbanyakkan
istighfar
Istighfar adalah rintihan dan
pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah SWT , yang menjadi sebab Allah SWT
jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan
kehidupan si hamba.
Sabda Nabi SAW:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”(Riwayat Ahmad,Abu Daud,an-Nasa’I,Ibnu Majah dan al Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”(Riwayat Ahmad,Abu Daud,an-Nasa’I,Ibnu Majah dan al Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
3.Tinggalkan
perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi
Allah SWT jika masih buat dosa.Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup
pintu rezeki.
Sabda Nabi saw:
“…dan
seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”(Riwayat
at-Tarmizi)
4.Berzikir
dan sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan
hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah SWT beri
kepada orang beriman.Firman-Nya:
“(iaitu)orang-orang
beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah SWT.Ingatlah
hanya dengan mengingati Allah SWT hati menjadi tenteram.”(Ar-Ra’d:28)
5.Berbakti
dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam
Ahmad,Rasulullah saw berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah
rezekinya,hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali
kekeluargaan.Baginda saw juga bersabda:
“Siapa
berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah swt akan
memanjangkan umurnya.”
“apabila
hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah
rezeki Allah swt daripadanya.”(Riwayat al-Hakim
ad-Dailami)
6.Berbuat
baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang
lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua,orang sakit,anak
yantim dan fakir miskin,juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.
Sabda Nabi saw:
“Tidaklah
kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di
kalangan kamu.”(Riwayat Bukhari)
7.Tunaikan
hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi
sebab Allah swt lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri seperti
sabda Nabi saw:
“Sesiapa
yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah swt akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8.Banyakkan
berselawat
Ada hadis yg menganjurkan
berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat
menhilangkan kesusahan,kesedihan dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan
menyebabkan terlaksananya semua hajat..Wallahua’alam..
9.Buat
kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya
kebajikan itu member cahaya kepada hati,kemurahan rezeki,kekuatan jasad dan disayangi
makhluk lain.Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa,menggelapkan
hati,melemahkan tubuh,sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10.Bangun
awal pagi (Jangan tidur sampai tengahari)
Menurut Rasullulah saw
berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh) adalah
amalan yang membaca keberkatan dan murah rezeki.
11.Menjalin
silaturahim
Nabi saw bersabda:
“Barang
siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia
menghubungi sanak saudaranya.”(Riwayat Bukhari)
12.Selalu
berada dalam keadaan berwuduk
Seorang Arab desa menemui
Rasullulah saw dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu
dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.Baginda saw bersabda:
“sentiasalah
berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah swt akan memurahkan
rezeki.”(Riwayat daripada
Saiyidina Khalid al-Walid)
13.Selalu
bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah
swt dan menjadi sebab Allah swt buka pintu rezeki.Baginda pernah bersabda
bahawa siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain nescaya Allah swt
akan membanyakkan baginya..Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a
14.Selalu
bangun solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan
solat tahajud memudahkan memperoleh rezeki,menjadi sebab seseorang itu dipercayai
dan dihormati dan doanya dimakbulkan Allah swt
15.Selalu
menunaikan Solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat
sewaktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia,juga mempunyai rahsia
tersendiri..Firman Allah swt dalam hadis qudsi:
“Wahai
anak Adam,jangan sekali-sekali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu
pemrulaan siang nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
Riwayat al-Hakim
dan Thabrani
16.Mengamalkan
zikir & bacaan ayat Al-Quran
Zikir dari ayat-ayat al-Quran
atau asmaul husna selain menenangkan hati,menjernihkan dan melunakkan hati,ia
mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu,dan dilapangkan rezeki.
Ada juga hadis menyebut,siapa
amalkan baca surah al-Waqiah setiap malam dia tidak akan ditimpa
kepapaan..Wallahu’alam.
17.Selalu
berdoa dan memohon pertolongan Allah SWT
Berdoa menjadikan seorang hamba
dekat dengan Allah swt,penuh bergantung mengharap pada nikmat dan pemberianNya.
18.Bertawakal
dan meletak sepenuh harapan kepada Allah
Dengan tawakal,seseorang itu
akan direzekikan rasa kaya dengan Allah swt.Pendek kata, untuk murah rezeki
kuncinya adalah melaksanakan ibadah dan amalan-amalan yang menambahkan
ketakwaan kpd Allah swt.
Sekian,semoga
kita semua dimurahkan rezeki dan hidup dengan penuh keberkatan dan rahmat
daripadaNya.Insyaallah
No comments:
Post a Comment