Assalamualaikum…
Untuk entry
kali ini,mummy nak share beberapa tips berguna khusus untuk wanita,bagaimana
utk menjadi orang yang sentiasa bersyukur…
Adakah anda
seorang yang bersyukur??Tahukah anda bahawa cara paling mudah untuk bahagia
ialah SENTIASA BERSYUKUR!!!
BAGAIMANA UNTUK
JADI ORANG YANG SENTIASA BERSYUKUR?
Jom kita kupas
satu persatu…
1.Setiap kali
anda bangun di awal pagi,ucapkan syukur.
Ucap syukur kerana anda dapat tidur malam
tadi.Anda dapat rehatkan badan.Ucapkan syukur kerana anda masih hidup hari
ini.Sesiapa sahaja berisiko boleh meninggal dunia ketika sedang tidur.Selepas
bangun,ucapkan syukur.Tanamkan azam di dalam hati bahawa anda mahu capai tahap
terbaik dalam apa jua perkara yang anda lakukan hari ini dan seterusnya..
2.Ketika anda
menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak,ucapkan syukur.
Ketika anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami
dan anak-anak,niatkan utk menggembirakan hati mereka.Mereka gembira merasai
hidangan anda,kesannya anda akan gembira sama.Apabila terlihat senyuman
mereka,ucapkan syukur di dalam hati kerana anda Berjaya menggirangkan hati
mereka dengan air tangan anda.Jangan pertikaikan rasa penat,mengantuk,malas
ataupun rasa terpaksa.Hadirkan syukur kpd Allah SWT kerana anda mempunyai suami
yang menyayangi anda serta anak-anak sbg penyeri hidup.
3.Lihat sekeliling
anda,cari keindahan di sebaliknya.
Hidup anda indah sebenarnya,Cuma anda mungkin
tidak nampak selama ini.Lihat sekeliling anda,sekeliling rumah anda,bunga-bunga
anda,dengar kicauan burung,rasai desiran angin dan nikmati kehijauan
daunan.Rasai ketenangan ketika anda menatap semua itu..Kemudian ucapkan syukur
kerana anda diberi peluang menikmati keindahan alam.
4.Jadikan
tugasan sebagai peluang untuk anda berbakti.
Seorang suri rumah,pasti sangat
sibuk.Memasak,mengemas,membersih,menghias.Anda pasti banyak tugas yang perlu
dilakukan.Jika dilihat drpd perspektif lain,tugasan seorang suri rumah
sebenarnya adalah peluang utk dia beroleh pahala.Niatkan dalam hati,anda melakukan
semua pekerjaan anda dgn bakti kepada suami,anak-anak,bakti kpd keluarga anda
keseluruhannya.Banyakkan member tenaga,banyakkan main peranan.Lakukan
kesemuanya dgn kasih sayang.Apa yg anda curahkan,anda akan dapat
semula.Syukurilah semua itu..
So,mummy harap
apa yg mummy share kan ini member manfaat & panduan berguna utk anda dan
diri mummy sendiri ye..:) sharing is caring…huhu…
SALAM SAYANG
MUMMY :)
2 comments:
tenkiu mummy. tips berguna :)
welcome licha..sharing is caring :) hehe
Post a Comment