Assalamualaikum :)
Entry
mummy kali ini mengenai takrif gagal : orang hebat vs orang biasa
“Aduh,fail!”…..”Arghhhh…rugi..rugi..”
Itulah antara keluhan yg sering kita dengar apabila kenyataan yang
diharapkan bertukar menjadi malapetaka pastinya ketidaksampaian harapan atau
ringkasnya GAGAL,baik dalam apa jua pekerjaan mahupun sebagai pelajar
hingga mencetuskan pelbagai emosi seperti sedih,bengang,putus asa dan
sebagainya.Lebih memeritkan apabila segala wang,kudrat dan masa dilaburkan
namun keputusannya bukan memihak kepada kita.Terasa pelaburan yang dilakukan
ini bagaikan sia-sia sahaja kan?
Namun begitu,apakah sebenarnya erti GAGAL?Kenapa ada mereka yang mampu
bangun dengan gemilangnya walaupun sebenarnya GAGAL?Orang BIASA mentakrifkan
kegagalan sebagai ketidaksampaian hasrat & impian yang dicitakan.Namun
pentakrifan GAGAL oleh orang yang HEBAT ternyata berlainan dan lebih
hebat.Orang hebat melihat kegagalan sbg membalas tentang perkara yang tidak
akan membawa mereka ke arah kehebatan..
Renung sejenak kata-kata Thomas Edison yang gagal 1000 kali dalam mencipta
mentol pertama di dunia..
“Saya bukan gagal 1000 kali tetapi saya menemui 1000
cara yang tak akan menghasilkan mentol”
Keputusannya,terciptalah mentol pertama di dunia.Jika tidak kerana
semangat beliau,mungkin mentol belum tercipta dan mungkin kita masih
menggunakan lampu minyak tanah sehingga sekarang…
Setiap kali ditimpa keGAGALan,orang hebat melihatnya sebagai jalan
atau tindakan yang tidak akan membawanya mengecapi impiannya.Justeru,mereka
tidak akan mengulangi perkara dan tindakan yang sama pada masa hadapan.Yang
betul diteruskan,yang salah dihindarkan.Lantaran itu,semakin mereka bijak
mengatur langkah mengorak jalan ke arah kejayaan dengan hanya melakukan perkara
yang betul dan hebat sahaja..Itulah yang dimaksudkan dengan keGAGALan sebagai
maklumbalas atau ‘feedback’..
Melihat kegagalan drpd sudut pandang POSITIF menjadi nadi utama
kebangkitan orang hebat..Biarpun terkesan emosinya,kuasa positif nyata lebih
dominan utk melonjak kembali semangat mereka untuk terus berusaha menggapai
impian mereka.Berbanding orang biasa yang melihat kegagalan sebagai penamat
kepada segala usaha mereka selama ini.Merasakan segalanya sudah musnah dan
takut utk bangun kembali.
Kegagalan di tangan anda.Jika anda putuskan sebagai keGAGALan,maka
anda memang GAGAL.Namun,ingatlah membina impian bukannya mudah..Rasullulah SAW
sekalipun memerlukan tempoh bertahun-tahun untuk membuka kembali ke Kota Makkah
biarpun dilanda pelbagai ujian dan kekalahan..Usah pernah putus asa dengan diri
sendiri dan rahmat Allah.Selamat Berjaya dan sukses selalu..:)
p/s : anda orang
hebat atau biasa-biasa je?
Sekian bingkisan motivasi yg dapat mummy share kan entry kali ini ya..
Hope dpt menjadi panduan & semangat baru utk kita di masa depan :)
Hope dpt menjadi panduan & semangat baru utk kita di masa depan :)
Salam sayang dari mummy :)
No comments:
Post a Comment