Thursday, November 08, 2012

Tips bagaimana untuk menjadi orang yang sentiasa bersyukur (khusus untuk wanita)

Views


Assalamualaikum…
Untuk entry kali ini,mummy nak share beberapa tips berguna khusus untuk wanita,bagaimana utk menjadi orang yang sentiasa bersyukur…


Adakah anda seorang yang bersyukur??Tahukah anda bahawa cara paling mudah untuk bahagia ialah SENTIASA BERSYUKUR!!!


BAGAIMANA UNTUK JADI ORANG YANG SENTIASA BERSYUKUR?

Jom kita kupas satu persatu…
  

1.Setiap kali anda bangun di awal pagi,ucapkan syukur.
Ucap syukur kerana anda dapat tidur malam tadi.Anda dapat rehatkan badan.Ucapkan syukur kerana anda masih hidup hari ini.Sesiapa sahaja berisiko boleh meninggal dunia ketika sedang tidur.Selepas bangun,ucapkan syukur.Tanamkan azam di dalam hati bahawa anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang anda lakukan hari ini dan seterusnya..

2.Ketika anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak,ucapkan syukur.
Ketika anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak,niatkan utk menggembirakan hati mereka.Mereka gembira merasai hidangan anda,kesannya anda akan gembira sama.Apabila terlihat senyuman mereka,ucapkan syukur di dalam hati kerana anda Berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan anda.Jangan pertikaikan rasa penat,mengantuk,malas ataupun rasa terpaksa.Hadirkan syukur kpd Allah SWT kerana anda mempunyai suami yang menyayangi anda serta anak-anak sbg penyeri hidup.

3.Lihat sekeliling anda,cari keindahan di sebaliknya.
Hidup anda indah sebenarnya,Cuma anda mungkin tidak nampak selama ini.Lihat sekeliling anda,sekeliling rumah anda,bunga-bunga anda,dengar kicauan burung,rasai desiran angin dan nikmati kehijauan daunan.Rasai ketenangan ketika anda menatap semua itu..Kemudian ucapkan syukur kerana anda diberi peluang menikmati keindahan alam.

4.Jadikan tugasan sebagai peluang untuk anda berbakti.
Seorang suri rumah,pasti sangat sibuk.Memasak,mengemas,membersih,menghias.Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan.Jika dilihat drpd perspektif lain,tugasan seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang utk dia beroleh pahala.Niatkan dalam hati,anda melakukan semua pekerjaan anda dgn bakti kepada suami,anak-anak,bakti kpd keluarga anda keseluruhannya.Banyakkan member tenaga,banyakkan main peranan.Lakukan kesemuanya dgn kasih sayang.Apa yg anda curahkan,anda akan dapat semula.Syukurilah semua itu..




So,mummy harap apa yg mummy share kan ini member manfaat & panduan berguna utk anda dan diri mummy sendiri ye..:) sharing is caring…huhu…

SALAM SAYANG MUMMY :)
 

 

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

2 comments:

licha said...

tenkiu mummy. tips berguna :)

Unknown said...

welcome licha..sharing is caring :) hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)