Tuesday, November 06, 2012

Buruk Sangka vs Baik Sangka..Apa pilihan anda?

Views
Manusia hari ini suka bersangka-sangka
Ada sangkaan baik,ada sangkaan buruk
Orang beribadah disangka riak
Orang sedang bersantai disangka malas
Orang yang memakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud(hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sedikit disangka kedekut


Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang tersenyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang sedang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka sombong
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka berlakon sahaja

Mana tahu yg diam tu kerana sedang berzikir kerana Allah SWT?
Mana tahu yg senyum tu kerana bersedekah?
Mana tahu masam tu kerana mengenangkan dosa?
Mana tahu yg menawan tu kerana bersih hati & mindanya?

Jauhi sikap suka bersangka-sangka
kerana ia bakal memusnahkan ukhwah
seperti musnahnya kayu dimakan api
satu benda yang kita lihat
macam-macam kesimpulan yang kita boleh buat

Apabila memandang keluar tingkap
Ada orang melihat pokok
Ada orang melihat awan
Ada orang melihat jalan
Ada orang melihat burung-burung berterbangan
Dan macam-macam lagi
Sedangkan semua orang melihat dari satu tingkap yang sama





Kesimpulannya,
Semuanya bergantung pada bagaimana kita melihatnya
Jika positif yang dilihat,maka positif la yang akan kita dapat
Jika negatif yang dilihat,maka negatif la yang akan diperolehi

Tepuk dada tanya diri sendiri ...

Sekian
Salam sayang dari mummy :)     

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)