Thursday, November 22, 2012

Panduan cara berbakti kepada kedua ibu bapa

Views



Redha Allah adalah terletak pada redha ibu bapa kita.Kalau ibu bapa kita marah@kecil hati dengan kita,maka jawabnya susahlah hidup kita.Bukan hanya di dunia je tak selamat (tak berkat) malah lebih teruk nasib kita di akhirat nanti.


Jadi,mummy menyeru pada anda semua termasuk la mengingatkan diri sendiri agar taat dan jaga lah kedua ibu bapa kita sebaik mungkin.Sementara mereka masih hidup ni,cubalah berbakti kepada mereka seberapa banyak yang boleh..:)
Sebenarnya banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa.Bakti itu bukan sahaja berbentuk material semata-mata malah ianya merangkumi elemen spiritual dan hubungan kasih sayang yang perlu ditunjukkan oleh setiap insane bernama ANAK.Apatah lagi jika ibu bapa anda semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian..


10 bakti @ kebaikan yang boleh kita lakukan untuk ibu bapa
1)Menghulurkan bantuan kewangan @ material
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan.Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas
seharian disebabkan factor usia.Jika bekerja,tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga
yang semakin meningkat.Justeru menjadi tanggungjawab anak member
nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa.Sumbangan itu tidak seberapa
berbanding yang dibelanjakan ibu bapa utk membesar dan mendidik kita.

2.Menyediakan tempat tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai untuk didiami,menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik,jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar menjamin keselamatan
dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

3.Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini
dicurahkan ibu bapa.Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas sebaik mungkin.
Anak yang baik tidak akan melupakan jasa dan kasih sayang ibu bapa.Anak soleh sentiasa
memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
 
4.Memberi perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian.Mereka terasa disisih dan seperti tidak
dipedulikan.Hal ini member tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan.
Keadaan ini jika berterusan member kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan orang tua.
Sukar diterima akal anak yang mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa,sedangkan mereka
mampu menjaga dan membesarkan sehingga 10 anak.
5.Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan.
Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan,tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain.
Sesungguhnya memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan
Ibadat sembahyang sunat,berpuasa sunat dan seumpamanya.

6.Melakukan apa yang disukai
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka.
Melakukan perkara yang tidak disukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak akan mendapat keberkatan
dalam kehidupannya.Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.


7.Bercakap dengan lemah lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah dengan bercakap lembut dengan mereka.
Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.
Sesungguhnya,anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara yang tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.
Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa.
Kemudian,jika ada kesempatan gunakan cara yang lembut utk menjelaskan perkara sebenar.


8.Menghadiahkan kejayaan
Jadi,jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran,mendapat pekerjaan,dinaikkan pangkat dan seumpamanya,
seharusnya  dimaklumkan kepada ibu bapa.Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.


9.Meluangkan masa bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa
mengunjungi mereka.Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.


10.Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya.
Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan walaupun mereka sudah meninggal dunia.


Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil.Anak tidak akan mampu membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakanlah kesempatan yang ada utk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin.
Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk.
Lambat laun ibu bapa akan meninggal kan kita jua.
Jangan jadi seperti mummy,dah meninggal dunia baru nak menyesal :)
Sekian...





Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

2 comments:

kay shafiQ said...

Alhamdulillah entry yg mmberi panduan kpd khalifah2 ke arah landasan yg sebenar, simple and superb. OTW nak bwat entry yg mencetus awareness gak. Stay tune :)

Unknown said...

i'm waiting :) insyaallah , jgn stop untuk berdakwah ilmu2 mcm nie , walaupun diri sendiri tak sebaik mana :) thanks for ur support..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)