Saturday, November 24, 2012

Apam Kukus Polka Dot

Views


Assalamualaikum..sejak akhir-akhir nie,mummy suka sangat google pasal bab makanan lagi2 dessert & kek.. Hehe..tambahan pula semalam,mummy bercuti dok umah aje..Daddy pun kerja,hehe dari melangut sorang-sorang tue apa lagi,mula la,otak nie bekerja..Tengahari tue,mummy ke pasar,niat hati nak mencari bahan membuat apam pula hari nie..Teruja okay! Al maklum laa 1st time nak buat,dengan ilmu yang basic,mummy hentam saja laa labi! Okay,setel bab barang!! Semua complete,alhamdulilah,,sekarang gi cepat amik pen & kertas.. mummy nak share resipi nie..huhu :)



Apam Kukus Polka Dot
Bahan-bahan
1)3 biji telur (kalau boleh yang Gred A)-tekstur telur gred nie cantik
2)275gm tepung gandum + 3 sudu the baking powder (ayak bersama)
3)220gm gula (kalau gula buat teh tu,elok di blend kasi halus ye)-yang ini ikut kesukaan nak manis ikut laa sukatan nie,kalau tak suka manis,kurangkan sikit gula nya ok..
4)150ml/125gm susu segar (mummy guna susu Dutch Lady) atau 150ml susu cair
5)1 sudu kecil ovallete
6)Filling ikut suka (mummy guna blueberry/kaya/jem strawberry) boleh juga guna filling nenas,peanut butter,coklat dan lain lain..
7)Pewarna min 3 colour (mummy guna pewarna hijau/purple dan merah)
8)2 sudu Esen Vanila
 

Cara Membuat
•Pukul telur dan gula sehingga kembang dengan mixer pada kelajuan maksima selama 10minit
•Dah kembang tu,masukkan tepung dan susu segar BERSELANG SELI ke dalam adunan.Pukul sehingga sebati dengan mixer,pada kelajuan paling minima
•Masukkan ovallete dan esen vanilla ke dalam adunan.
•Pukul sehingga sebati,dan sehingga anda akan lihat tekstur adunan berubah menjadi gebu.

•Kemudian,bahagikan adunan kepada 3 bahagian.Kalau mummy,mummy gunakan jag air plastic yg kecil,mummy bahagikan adunan kepada 3,sama rata.
•Kemudian,titiskan pewarna yang berbeza di ketiga-tiga adunan yang diasingkan.
•Masukkan ketiga-tiga adunan ke dalam piping bag
•Masukkan juga filling ke dalam piping bag , kalau malas nak guna piping bag , guna manual je pakai sudu kecil

•Picitkan adunan ke dalam cup kecil-kecil tue,setengah cup je.
•Letakkan filling secukup rasa di atas adunan
•Tutup filling tadi,dengan adunan yang sama@warna yang berbeza sehingga ¾ cup.
(jangan penuh2 sangat tau , takut adunan jadi kembang)
•Last sekali,dot dot kan adunan tadi di atas dengan warna yang berbeza
•Kukus selama 5-10 minit sehingga masak
(tips:cucuk dengan lidi untuk tahu dah masak ke tak)
•Dah siap! Hidangkan bersama teh o panas di petang hari,..:)




Hah..yang ni fresh dalam kukus lagi tau..Cantik je naik nya kan?hehe…Tiba2 mesti perut rasa lapar!
 



Tara!! Hah dah stenby nak minum2 petang nie..Jom join :) Selamat mencuba ya!Dah buat tue,share2 laa dengan mummy..Huhu
 





Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)