Monday, November 26, 2012

Apam Kukus

Views


Assalamualaikum..wah..baru 1 setengah hari mummy tak update blog,rindu pula rasanya..
Alhamdulilah,hari ni,walaupon agak busy dengan kerja dr boss hehe, mummy tetap luang kan masa nie,nak share resipi lagi.. (ala..mummy nie asyik share resipi je) hehe..hah! tu la pasal,mood memasak seminggu dua nie menjadi2..jadi,apa lagi,entry resipi je laa yang mampu mummy share dulu wat masa nie..hehe..


Untuk entry kali nie,mummy nak share resipi APAM KUKUS..hah,apam kukus mummy nie lain sikit, sebab mummy x bubuh pewarna yang banyak,hanya abstrak kan supaya jadi ala-ala pelangi gitu..Dah2 , cepat gi amik pen & kertas.. hehe..



APAM KUKUS VERSI MUMMY
Bahan-bahan
Tepung gandum 275gm (ayak bersama 3 sudu baking powder)
Gula 220gm (ikut pada kemanisan yang disukai)
1 sudu ovallete
2 sudu esen vanilla (untuk adunan jadi wangi)

susu segar/susu cair 150gm
telur gred A 3 biji
pewarna (mummy pilih hijau & merah)


CARA MEMBUAT
Pukul telur & gula dengan kelajuan maksimum selama 10 minit / sehingga kembang
masukkan susu dan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati sehingga kembang
masukkan ovallete dan esen vanilla
jika dah sebati,bahagikan adunan kepada 2 bahagian
letakkan pewarna berbeza di adunan yang telah dibahagikan

kemudian letakkan adunan pertama di dalam loyang yang telah dialas dgn baking paper
kemudian letak pula adunan kedua di atas adunan pertama tadi
kemas kan adunan dalam loyang supaya tidak merekah
kukuskan dalam pengukus yg telah dipanaskan selama 10-15minit
kukus selama 30 minit..(tips:cucuk bahagian tengah dengan lidi utk melihat samada sudah masak atau belum.Jika adunan melekat pada lidi,teruskan mengukus sehingga masak)



Hah ini laa contoh yang dah siap..huhu…
color nya akan jadi seperti ni..
lembut dan sedap dimakan bersama minuman teh o di petang hari..
Selamat mencuba :)


Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)