Redha Allah adalah terletak pada redha ibu bapa kita.Kalau ibu bapa kita
marah@kecil hati dengan kita,maka jawabnya susahlah hidup kita.Bukan hanya di
dunia je tak selamat (tak berkat) malah lebih teruk nasib kita di akhirat
nanti.
Jadi,mummy menyeru pada anda semua termasuk la mengingatkan diri sendiri
agar taat dan jaga lah kedua ibu bapa kita sebaik mungkin.Sementara mereka
masih hidup ni,cubalah berbakti kepada mereka seberapa banyak yang boleh..:)
10 bakti
@ kebaikan yang boleh kita lakukan untuk ibu bapa
1)Menghulurkan
bantuan kewangan @ material
Ada ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan.Mereka tidak
dapat lagi melakukan tugas
seharian disebabkan factor usia.Jika bekerja,tetapi tidak
mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga
yang semakin meningkat.Justeru menjadi tanggungjawab anak member
nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa.Sumbangan itu tidak
seberapa
berbanding yang dibelanjakan ibu bapa utk membesar dan mendidik
kita.
2.Menyediakan tempat
tinggal
Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal atau tidak sesuai
untuk didiami,menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal lebih
sesuai kepada ibu bapa.
Paling baik,jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar menjamin
keselamatan
dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3.Memberi kasih sayang
Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama
ini
dicurahkan ibu bapa.Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas
sebaik mungkin.
Anak yang baik tidak akan melupakan jasa dan kasih sayang ibu
bapa.Anak soleh sentiasa
memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri
rahmat.
4.Memberi perhatian
Ibu bapa yang diabaikan akan kesunyian.Mereka terasa disisih dan
seperti tidak
dipedulikan.Hal ini member tekanan perasaan dan menyebabkan
kemurungan.
Keadaan ini jika berterusan member kesan kepada kesihatan
fizikal dan mental ibu bapa.
Ramai ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah penjagaan
orang tua.
Sukar diterima akal anak yang mendakwa tidak mampu menjaga ibu
bapa,sedangkan mereka
mampu menjaga dan membesarkan sehingga 10 anak.
5.Memenuhi permintaan
Ibu bapa sering memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan
sesuatu keperluan.
Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan,tenaga dan masa.
Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding
melakukan tugas lain.
Sesungguhnya memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding
melakukan
Ibadat sembahyang sunat,berpuasa sunat dan seumpamanya.
6.Melakukan apa yang
disukai
Ibu bapa tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik
pada pandangan mereka.
Melakukan perkara yang tidak disukai ibu bapa bermakna melakukan
perbuatan derhaka.
Anak derhaka kepada ibu bapa tidak akan mendapat keberkatan
dalam kehidupannya.Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan
balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat.
7.Bercakap dengan
lemah lembut
Satu cara menjaga perasaan ibu bapa adalah dengan bercakap lembut
dengan mereka.
Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan
mereka.
Sesungguhnya,anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan
suara yang tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa.
Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin
menyinggung perasaan ibu bapa.
Kemudian,jika ada kesempatan gunakan cara yang lembut utk
menjelaskan perkara sebenar.
8.Menghadiahkan
kejayaan
Jadi,jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran,mendapat
pekerjaan,dinaikkan pangkat dan seumpamanya,
seharusnya dimaklumkan
kepada ibu bapa.Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan
kejayaan itu.
9.Meluangkan masa
bersama-sama
Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap
meluangkan masa
mengunjungi mereka.Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan
menatap wajah anaknya.
10.Mendoakan kebaikan
untuk ibu bapa
Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya.
Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan
walaupun mereka sudah meninggal dunia.
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat
kecil.Anak tidak akan mampu membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia
berbakti sepanjang hayatnya.
Gunakanlah kesempatan yang ada utk melakukan bakti terhadap ibu
bapa sebaik mungkin.
Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin
suntuk.
Lambat laun ibu bapa akan meninggal kan kita jua.
Jangan jadi seperti mummy,dah meninggal dunia baru nak menyesal
:)
Sekian...
2 comments:
Alhamdulillah entry yg mmberi panduan kpd khalifah2 ke arah landasan yg sebenar, simple and superb. OTW nak bwat entry yg mencetus awareness gak. Stay tune :)
i'm waiting :) insyaallah , jgn stop untuk berdakwah ilmu2 mcm nie , walaupun diri sendiri tak sebaik mana :) thanks for ur support..
Post a Comment