Tuesday, February 19, 2013

Bahaya Menghadap Komputer Lebih Dari 5 Jam Sehari

Views
Assalamualaikum.Entry hari ini mummy nak share sesuatu
yang boleh laa dikategorikan sebagai penting juga k.Jemput baca.^^
 
Komputer atau laptop merupakan salah satu gadjet terkini yang menjadi pilihan manusia.Baik untuk menyiapkan tugasan atau melayari internet dan juga bermain game.Dan yang terbaru,satu kajian telah dibuat dan didapati seseorang yang menghabiskan masa lebih drpd 5 jam sehari di depan komputer akan menghadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal.
(ajal kan terletak di tangan Allah swt,apapun ambil kajian ini jadikan iktibar)  
 
Apa yang pasti,posisi duduk semasa kita menghadap komputer,terutamanya duduk bersandar adalah salah satu punca utamanya. (arghh posisi feveret mummy) 
 
Kajian telah dijalankan oleh Emmanuel Stamakis dari UCL 
yang telah menjalankan penelitian terhadap lebih drpd 4500 orang yg berusia 35 tahun ke atas.
"Orang yang menghabiskan waktu lebih drpd 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/tv memiliki peluang 125% lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding mereka yg hanya menghabiskan waktu kurang drpd 2 jam di depan komputer/tv.
 
Kajian juga menunjukkan posisi duduk menyebabkan penurunan 90% lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat.
(uhuk uhuk..buat mummy takut je)  
 
Ada cadangan juga untuk mereka yg menghadapi situasi ini :)
"Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak.Pergerakan itu akan mengurangkan masalah2 yg timbul drpd duduk yg lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda utk hidup lebih lama."
(wallahuallam)  
 
Nota Kaki : Memang sukar utk kita mengelak drpd menghadap komputer/tv,malah ada yg menghadap komputer/tv berbelas jam dalam sehari.Jadi utk mengelakkan kemungkinan seperti yg dinyatakan,apa kata kita praktikkan jalan penyelesaian seperti di atas?
(mummy memang selalu praktikkan,sebab memang jenis tak reti duduk diam) 
 
 
 
 
 

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

6 comments:

Sherlyanna angiela Martin said...

fuh... bahaya juga..

precious moment said...

takutnya! kena cari aktiviti lain lps ni..huhu

mummy aien said...

hehe... thats why,nampak simple,tapi bahayanya :) hehe

Lisa Kuci said...

aiyoooo baru tahu ni, haha xD sehari rasanya bukan takat 5 jam tapi lebih pada tu lagi, hehe

mummy aien said...

kan?same laa dgn mummy :) *risau*

Mieza Jhaa K said...

Wah bahayanya..nasib sy kerap jgk bangun ke dapur cari makanan..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)