Monday, February 18, 2013

7 Minuman Berkhasiat Sebagai Pengganti Air Masak

Views
Assalamualaikum.Rasanya semua orang tahu air masak merupakan kunci utama hidup sihat.Minum 8 gelas air putih setiap hari dapat mencegah kita dari terkena penyakit.Tapi kalau minum air masak je hampir setiap masa mesti tekak kita pun jadi jemu kan?
(mummy bukan peminat air masak yang tegar.hehe) 

Selain air masak,banyak lagi air minuman yang sihat yang dapat mengekalkan kesihatan kita di samping menghilangkan dahaga.Antaranya:

1.Jus Oren
Antioksidan pada jus oren ini membantu melindungi jantung kita dengan peradangan yang dpt menyebabkan kerosakan pembuluh darah.Orang yg makan makanan dengan segelas jus oren mendapat lebih sedikit zat utk melindungi arteri dlm darah.Tapi kena ingat kandungan gula pun kena jaga,jadi lebih baik minum jus tanpa gula.  

2.Teh Chamomile
Selain menghilangkan dahaga,teh ini membuatkan kita tenang.Orang yg meneguk ekstrak chamomile setiap hari selama 2 bulan akan dpt mengurangkan kecemasan di dlm dirinya 

3.Jus Cranberry
Segelas jus cranberry dpt mencegah penyakit gusi dgn membunuh bakteria yg datang dr dalam mulut.Jus ini juga kaya dengan Vitamin C,mengurangkan tekanan kolestrol dan menjaga saluran darah kita dgn baik

4.Susu Coklat
Segelas susu coklat mempunyai tinggi karbohidrat & protein,membolehkan kita segar selepas menjalani aktiviti seharian.Bancuh susu dgn 2 sudu coklat yg memiliki kurang dr 20g gula dan minum.Selain dapat hilangkan dahaga,badan juga terasa lebih segar & bertenaga.
(favourite mummy:Dutch Lady

5.Teh Hijau
Teh hijau dikatakan membantu mengawal berat badan.Antioksidan dalam teh hijau dapat mengurangi risiko terkena kanser dan penyakit jantung.

6.Jus Tomato
Dapat menurunkan risiko kanser dlm tubuh kita kerana kandungan dlm buah ini sarat vitamin dan lycopene,yg mampu melindungi sel badan drpd kanser.

7.Teh Hitam
Dapat membantu menangkis kanser kulit.Mengandungi antioksidan yang membawa zat antikanser.Panas atau sejuk,teh hitam adalah minuman yang bagus utk merawat kulit.

Nota Kaki:Bukan semua orang yg tegar menjadikan air masak sbg minuman rutin.Sesekali kenalah hadiahkan tekak kita dengan sesuatu yang lain jugak :)

 
    Iklan sikit :) Favourite mummy :Jus Epal hehe...
credit to:Secret Recipe




 
 





 

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

8 comments:

Nadia Johari said...

jus tomato..huhuhu

mecha_praline said...

sedap...sedap.. :|

Unknown said...

sume pon bole ;)
yg penting..berkhasiat..:)

Unknown said...

Semua pun sedap..paling sedap air kosong..yang lain tu sekali @ dua kali sehari aje kot.. :)

Unknown said...

#Diana:air kosong lagi elok kan..hehe.. :)

Unknown said...

eh2 samalaa feveret kte pon susu dutch lady coklat jgk..hee :D lepas minum terus bertenaga..cewahh..heee

Unknown said...

huhu..kan??da laa sedap,jadi segar & bertenaga lagi :) hehehe

Unknown said...

Susu coklat.. i like!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)