Friday, February 01, 2013

Apakah Pilihan Warna Tudung Anda?

Views
Hari nie,mummy rajin nak jalan-jalan ke blog2 hiburan..Sejuk je mata memandang,kini ramai banget artis-artis wanita

yang sudah mula mengenakan hijab..Alhamdulilah..seperti juga mummy sendiri,yg secara jujurnya juga sedang belajar sikit demi sikit memenuhi tuntutan agama ini.:) So,terdetik juga dlm hati,selain berhijab kerana mahu memenuhi tuntutan,pemilihan fabric dan style tudung amat perlu dititikberatkan.Selain itu,jangan lupa WARNA juga turut memainkan peranan utama bagi si pemakai hijab.Kan?Jom mummy share..Opss tak lupa credit to tuan blog ini
di atas post yang superb ini.

 

Memilih tudung pun ada peraturannya tersendiri.Selain dari jenis fabric,warna juga turut menjadi bab yang sangat penting.Terdapat beberapa padanan warna tudung yang boleh disesuaikan dengan warna kulit wanita Asia.Antaranya ialah:

i)Bagi yang berkulit cerah,warna-warna tudung seperti ungu dan hijau boleh dijadikan pilihan.Wajah anda akan kelihatan lebih segar dengan padanan warna-warna sebegini.Elakkan memakai warna yang gelap seperti coklat muda kerana ia hanya akan membuat wajah anda nampak kusam/tidak bermaya.


ii)Bagi yang berkulit sawo matang pula,pilihan warna seperti merah hati,kuning & oren mampu membuatkan kulit anda nampak lebih cerah.Tapi cuba elakkan memakai warna gelap kerana ia hanya akan membuatkan penampilan anda nampak tenggelam.
  
iii)Untuk wanita yang memiliki kulit gelap,sebaik mungkin elakkan memakai warna-warna gelap seperti coklat tua dan hitam.Untuk nampak lebih segar,cubalah padankan warna-warna terang dan gelap sekali.


iv)Untuk wanita yang berkulit kuning langsat,cuba gayakan tudung drpd warna-warna tropika seperti biru,merah jambu,oren & kuning.Tetapi elakkan memakai warna hijau kerana ia akan membuatkan wajah anda kelihatan kusam.




Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

2 comments:

Sweet Pea said...

Hehehe.....kite kekadang suka hati je nak pakai tudung...huhu.....TQ for tips

Unknown said...

its okay dear..slow2 okay :) yg penting niat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)