Friday, November 02, 2012

Tips Menggembirakan Hati Duka Lara

Views
Assalamualaikum...
Sebenarnya banyak cara utk menghilangkan rasa sengsara,sedih,kecewa dan keberkesanannya terpulang kepada ketahanan mental anda,emosi dan kesabaran anda..
Disini,mummy nak share info ttg 7 tips asas menggembirakan hati yg sedang berduka lara..

1.Latih minda melupakan kenangan pahit
Bunyinya senang nak buat,tapi perlu aplikasi berterusan.Mengaku je anda sering merasa sedih sebab banyak kali mengingat kenangan pahit atau selalu kembali ke memori silam,betul tak?Kita kena cut connection dgn semua itu..Jadi mulai hari ini,tekad utk lupakan semua itu,biar kosong habis!Bulatkan azam utk menfokus kepada masa depan anda,keluarga,kerjaya dan rakan-rakan.Maybe anda tak dapat nak buang terus semua memori pahit itu,tapi cuba lakukan step by step..:) 

2.Buang sikap risau
Ada dua kesan dari sikap risau ini,pertama ia menarik nasib tidak baik,masalah dan musibah tanpa anda minta dan kedua memberi kesan buruk kepada kesihatan anda dr segi fizikal & mental.Untuk buang sikap risau,belajar utk bertenang dan latih diri anda untuk mengawal emosi.

3.Belajar rajin bersyukur
Ucap syukur di atas semua yg anda ada.misalnya,ucap syukur kerana anda masih ada 5 deria lengkap,anda boleh melihat dan menarik nafas setiap kali bangun tidur,anda masih ada kawan-kawan dan sebagainya.Ucap syukur seikhlas hati dan buat banyak kali setiap hari. (takde ruginya tau! hehehe)

4.Belajar menjadi seorang pemaaf
Sikap pemaaf dapat membersihkan hati drpd perasaan negatif dan emosi negatif (marah,sedih,kecewa) ..Ketahuilah,anda selalu merasa sedih dan kecewa kerana anda sendiri tidak dapat memaafkan kesalahan diri anda ataupun kesalahan org lain terhadap diri anda suatu masa dulu.So,belajar jadi pemaaf dan menghapus semua ini lalu menarik ketenangan datang kepada anda.

5.Ketawa..ketawa..dan terus ketawa
Ketawa bukan dibuat-buat..Cuba untuk menonton video yg lucu,baca komik lucu,dekatkan diri dengan kawan-kawan yg ada unsur humor serta cari 'funny side' di dlm setiap situasi..Kan ketawa dapat menghilangkan sedih.Buat apa layan sedih anda jika anda tahu anda boleh cuba utk ketawa :)ebook ya

6.Hati mesti keras
Bukan keras sembarangan,maksudnya kekerasan hati,kesabaran yg tinggi,pandai mengawal emosi dan menerima hakikat dgn fikiran yg terbuka,.Allah menurunkan musibah@permasalahan bukan sekadar dugaan tp mungkin balasan terhadap perbuatan anda dahulu.Sebelum masuk tidur,set minda untuk menjadi ceria pd keesokan harinya.Relaks jangan terlalu mendesak diri..Selepas bangun dari tidur,katakan pd diri bahawa hari ini adalah hari yg baru bg anda..Simple kan?

So,akhir kata ingatlah pepatah ini "Don't worry be happy" :)
 
Do,add mummy on facebook ok :)
 
Salam sayang dari mummy :)
         

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)