Monday, November 05, 2012

Tips buang sikap malas!!

Views
Assalamualaikum pakwe & makwe :)

Tips ni sebenarnya mummy untuk diri mummy sendiri.Bila mummy pikir-pikir balik, apa salahnya kalau mummy nak kongsi dengan korang macam mana nak buang sikap malas yang ada dalam diri kita.

Sebenarnya susah nak buang sikap malas ni..Contoh mcm mummy sendiri...Sebagai seorang mummy kepada sorang anak lelaki yg sgt noty,sebagai sorang isteri dan juga menantu..:) Apatah pula,mummy bekerja dan mempunyai bisnes sendiri..Emm..maklum2 je laaa...
Kalau penyakit MALAS dah sampai..hehehe... Kalau anda rasa anda pun dua kali lima dengan mummy, apa kata sama-sama kita ikut tips di bawah.
Belum cuba belum tahu okay :) Let's share!!

 1. Berimaginasi tinggi
Cuba bayangkan apa akibat yang akan kita dapat bila selalu malas. 
"Kalau aku tak siap kan melipat baju nie,alamatnya esok berdouble-double tinggi laa gunung baju nie.."
"Kalau aku tak pergi beli sabun dan pelembut pakaian ni hari ini,esok susah pula aku nak basuh baju."
"Kalau aku tak siapkan kerja ini harini jugak,silap-silap kena balik lambat harini.."
See!Nampak tak kat situ,kita bermain dgn imaginasi kita sendiri..
Latih diri utk rajin berpikir negatif sedikit (opsss...tak semua hal kena negatif je ok..)

2. Tanya pada diri sendiri
Tanya diri kita "Apa faedahnya dengan sikap malas aku ini..Esok lusa kalau aku tangguh lagi untuk siapkan lipat baju ni,nanti aku juga tak boleh rest kan?"
        Eee...jangan laa sampai mcm nie ok???

. 3. Jangan suka menangguh kerja
Kot iye pun dah letih bekerja selama 5 minit, janganlah berehat lama-lama. "Hurm, aku dah taip lima minit, rehat kejaplah dua jam. Nanti boleh sambung balik." Kalau rehat lama-lama ni, semangat untuk sambung semula tu sangatlah tipis..


4. Bayangkan kesan positif
Cuba bayangkan apa yang kita akan dapat daripada sikap rajin kita. Contohnya,"Kalau aku dapat siapkan proposal nie cepat,mana tahu aku akan mendapat komisyen.."
"kalau aku siapkan mengemas rumah,mana tahu nanti mama bagi duit belanja lebih sebagai upah.."

5. Tampal kat dinding
Senaraikan kenapa nak buang sikap malas ni. Pastu, tampal kat dinding bilik korang. "Aku nak buang sikap malas aku ni sebab aku benci orang asyik panggil aku pemalas". "Aku nak buang sikap malas aku ni sebab hari-hari kena denda tak siap homework.Malu woo!" Haa, barulah boleh berubah. kan?
 (yang ini utk student2 boleh laa..eh,tp utk person mcm mummy pon why not kalau nk amalkan...hehe..boleh jd pengganti wallpaper...hehehe...)

 gangster x? hehe..tp kiut...kan? 

6. Dekati rakan yang rajin
Ini pun salah satu cara yang berkesan untuk jadi rajin. Yelah, kawan kan lebih mempengaruhi kita. Kalau kawan kita rajin, tak mustahil kita pun akan rajin. Sebab tu kena pandai pilih kawan. 

 
 Okay, ini antara serba sedikit tips yang mungkin boleh mengubah diri kita supaya menjadi lebih rajin. Udah-udah ler tu asyik malas je. Bila negara kita ni nak maju? Kadang-kadang mummy cemburu tengok rakyat Jepun yang sangat rajin. See? Maju kan negara diorang.

Ada tips lagi? Kongsi-kongsilah sikit dengan mummy ye!!

Salam sayang mummy :)

p/s:da baca tue,sambil-sambil add la mummy di FB & Twitter ya!

Facebook : klik sini   
Twitter :  klik sini

TQ :) 

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)