Thursday, November 01, 2012

6 Tips berkesan bagaimana untuk mengekalkan hubungan baik dengan kawan..!

Views
Assalamualaikum..
Melihat pada title,rasanya semua sedia maklum,bahawa Islam menyuruh kita utk berkenalan@berkawan seramai mungkin orang.Ada banyak kelebihan jika kita mempunyai ramai kenalan@kawan.
Antaranya kawan kita boleh menjadi:
  • tempat kita meluah perasaan (sedih,marah,bengang,touching,happy)
  • teman untuk kita berborak@bertukar-tukar fikiran
  • boleh menjadi pelanggan (hehe..jika berniaga laa)
  • boleh menjadi teman dikala kita kesunyian@boring
  • boleh menjadi penasihat kalau kita di dalam kebuntuan@masalah
  • dan banyak lagi laaa...tak terungkap da kan??
Pepatah melayu pun ada mengatakan : berkawan biar beribu,berkasih biar satu!
Cuma persoalannya sekarang....?

"Bagaimanakah kita dapat mengekalkan hubungan baik dengan kawan kita?"

Berikut mummy share kan sikit ilmu@tips berdasarkan pengalaman mummy..Antara 6 tips berkesan bagaimana kita nak kekalkan hubungan baik dgn kawan-kawan kita..

 

1.Sebarkanlah salam 
Kalau anda jumpa kawan,pastikan anda memberi salam dulu.Dan kalau nak berpisah pun,ucap salam juga kepadanya.Fahami maksud kalimah salam itu.Dan ucapkanlah salam dengan penuh keikhlasan dan dengan niat kita berdoa kepada Allah SWT supaya Allah sejahterakan sahabat kita itu.
        Mengenai salam ini,nabi Muhammad SAW ada berpesan dalam sabdanya:
"Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah
sesiapa yang memulakan salam."
(Hadith riwayat Abu Daud)

2.Kenali perangai kawan anda
Bak kata pepatah melayu : "tak kenal maka tak cinta"..Bermakna anda kena betul-betul mengenali siapa kawan anda.Adakah anda tahu@faham perangai kawan anda?Apa kelebihan@kekurangan mereka?Dengan mengenali mereka sedalam-dalamnya,anda mudah dapat bertolak ansur dan memaafkan sekiranya berlaku perselisihan pendapat.Jadi kenali mereka dan layan mereka mengikut personalitinya.

3.Menjadi pembela kepada kawan anda
Kalau kawan anda kena aniaya,kena kutuk atau kena umpat dan sebagainya,anda kena laa menjadi pembela kepada mereka.Kalau ada org lain bercerita mengenai keburukan kawan anda,janganlah pula anda mengiyakannya.Cuba untuk cover mereka sebaik mungkin.Berceritalah mengenai kebaikan mereka.

4.Saling memaafkan
Kadang-kadang kita tidak boleh mengelakkan dari berlakunya pertelingkahan@perbalahan dengan kawan.Itu perkara biasa untuk manusia biasa. Sedangkan lidah lagi tergigit kan? Yang penting,anda jangan mudah mengambil hati.Saling bermaafanlah dengan kawan anda.Kalau dia menyakiti hati anda,berusahalah utk memaafkannya.Begitu juga sebaliknya,sekiranya anda melukakan hati kawan anda,jangan jadi seorang yg penyegan utk meminta maaf.

5.Setia dalam persahabatan
Jangan sesekali khianati persahabatan anda.Sekiranya kawan anda menceritakan sesuatu@berkongsi cerita dengan anda dan meminta utk dirahsiakan.Jangan pula anda menjaja cerita tersebut kepada orang lain.Jujur lah dalam memegang amanah.Ingat!Jangan menjadi seorang kawan yg TIKAM BELAKANG kawan ye.

6.Saling mendoakan
Jangan lupa untuk berdoa bagi kebaikan kawan anda.Sebutlah nama mereka di dalam doa anda.Doa adalah senjata paling ampuh dalam persahabatan.Doakan apa saja kebaikan utk kawan anda.Berdoalah kpd Allah supaya hubungan anda dan kawan kekal dan sentiasa baik,sentiasa mesra dan saling berkasih sayang.


Insyaallah,mummy yakin sekiranya kita dapat mengamalkan tips2 di atas,pastinya hubungan baik kita dan kawan akan kekal dan sentiasa baik serta dilindungi.
Nasihat mummy,teruslah menjaga hubungan baik anda dan kawan anda..!
Termasuk laa utk ingatan diri mummy sendiri..:)

Sekian..Salam sayang mummy..:)       
   
         

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)