Emm..actually,entry mummy kali ini bukanlaa utk meng'kondem' atau memenangkan kaum wanita..hehe..tapi as a woman,mummy just nk share something yg agak important..bkn apa,wanita@pompuan ni kan dikenali dgn hati yang agak rapuh,sensitif & lemah..
So,why not,mummy share sikit ilmu@pengalaman..Walaupun maybe ramai dah tau mengenai isu ini,tp x salah jika mummy share utk sambil2 meng'refresh' diri kita masing2..:) kan?
"kenapa lelaki ni susah sangat nak faham org pompuan??"
"kenapa laa lelaki nie ego sangat dgn pompuan?"
"kenapa apa-apa isu yg jadi mesti pompuan dipersalahkan..?"
BAGAIMANA NAK BUAT LELAKI FAHAM WANITA??Hah..inilaa persoalan yg akan mummy tegaskan di sini..:)
Wahai kaum lelaki ketahuilah bahawa seorang wanita ini :
- Bukan bermaksud suka merajuk tapi hanya ingin bermanja & mendapatkan perhatian.
- Bukan bermaksud cerewet tak tentu hala,kadangkala wanita ingin lelaki mengikut katanya sekali sekala.
- Ibarat seperti sehelai sutera,cantik,tulus,lembut,mudah tercarik & koyak.Walaupun wanita memaafkan seseorang yg lain,biasanya wanita akan ingat kesalahan itu sampai bila2..opss bukan utk dendam tapi sbg pengajaran..
- Ikhlas seorang wanita tidak perlu diragui lagi.
- Sanggup berkorban apa sahaja demi seseorang yg disayangi termasuklah suami,anak,kawan,family dan sebagainya.Wanita memang sangat tabah.
- Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam kerana wanita itu seorang yg prihatin.
- Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari,naluri seorang wanita masih lagi spt seorang wanita.Suka bermanja bukan hanya pada seorang insan bernama lelaki,namun juga sesama kaum.
- Wanita yg terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak egonya apabila bersemuka dengan seseorang yg dicintainya.
- Cinta pertama bagi wanita adalah yg paling dalam dan tulus.
- Seks bukanlah segala-galanya bagi wanita kerana wanita diciptakan dgn 9 nafsu dan satu akal.Nafsu yg banyak dan tidak tertumpu pada satu nafsu sahaja.Lelaki pula dijadikan dgn 9 akal dan satu nafsu.Fungsi lelaki adalah membimbing wanita dan bukan menghanyutkannya..:)
Wanita diciptakan oleh Allah SWT dari tulang rusuk kiri dan utk dipeluk dan dimanja bukan utk dikasari..Maka lelaki haruslah berusaha utk memahami dan memenangi hati wanita ye..:)
Berlembut dan berkasih sayang lah dgn wanita..Kerana hanya dgn kasih sayang sahaja
yang mampu mengekal dan mengukuhkan perhubungan...
Salam sayang dari mummy :)
No comments:
Post a Comment