Wednesday, October 31, 2012

Hey!! Tips membuat orang suka pada kita???

Views

Assalamualaikum...:)
Yup..memg laa mummy baru saje menjinakkan diri dgn dunia blog!hehe..
So,hope sgt kalu korg bole spent time sikit utk baca entry mummy yg ini...:)

Pernah x sometimes korang terpikir mcm nie di dalam hati?
"Kenapa diaorang benci sangat dgn aku?"
"Kenapa dia tak suka aku?"

Well..kita fikir hal yg umum..Suka tak semestinya,
antara girlfren+boyfren,suami+isteri,abang+adik,tapi juga antara org2 disekeliling kite,,

Thats why,sesekali kita study tips2 camne nak wat orang suka pada kita...
Bukan laaa suka tue pasal nk 'in love' atau apa2 laa..
Means,dalam agama pun ada mengajar suruh kita sentiasa berbuat baik, dan bersikap positif utk disenangi & disukai oleh org lain x kira laa siapapun..:)

Inilaaa yg kita namakan seni perhubungan @ teknik komunikasi !

sweet kan pic nie??hah..nie sesuai laa utk sweet couple..huhu...
 
1. Banyakkan Senyum
Mummy banyakkan senyum. Dengan siapa pun mummy jumpa, memang mummy tak lokek senyum. Sebab pada mummy, senyum tu tanda hormat kita pada seseorang. Lagipun, mummy tahu, muka mummy x cun mana pun. hehe.. Jadi, untuk cover muka mummy yang tak cun tu, mummy senyum jer lah banyak-banyak. Muka tak cun pun, tapi kalau senyum, at least nampak lah jugak kemanisannya. Betul tak?
2. Cakap Dengan Merendah Diri
  Mummy cukup tak suka atau benci bila tengok orang sombong atau orang yang cakap besar. Disebabkan mummy pun tak suka orang sombong dengan mummy, maka mummy tahu, mummy pun tak boleh sombong atau cakap besar. Mummy kena sentiasa merendah diri. So, setiap kali bercakap dengan orang, mummy akan sentiasa cakap dengan nada yang sederhana. Hatta masa mummy bagi arahan pada anak atau staff mummy pun, mummy akan cuba bercakap dengan nada yang baik dan bukan hanya mengarah itu ini. Sebab mummy tahu perasaan mummy bila kena arah macam-macam dengan boss ke parents ke malah kawan sekalipun..:)
3. Masukkan lawak sikit dalam perbualan
Biasanya kalau mummy berborak, mummy akan masukkan sikit kata-kata lawak. Hatta bila bercakap dengan boss mummy sendiri pun, mummy sentiasa cuba untuk cari perkataan-perkataan yang boleh mencuit hatinya. Tapi nak buat ni perlukan sedikit kemahiran ya. Awas, jangan main sedap mulut jer buat lawak. Tengok keadaan dan situasi juga.
4. Kenalpasti apa yang orang minat dan tanya dia pasal benda tu
Biasanya mummy akan kenalpasti minat orang yang bercakap dengan mummy. Kalau dia minat pasal bola, sikit sebanyak dalam perbualan mummy, pasti mummy akan sentuh pasal bola.Walaupun mummy ZERO pasal bola..Hehe.. Contohnya, mummy akan tanya dia kedudukan liga yang sedang berlangsung atau keputusan perlawanan bola semalam.:)

Itulah 4 perkara yang mummy amalkan masa berkomunikasi dengan orang. Mummy tak pasti lah sejauh mana ianya berkesan atau tak. Tapi itulah yang telah @ selalu mummy amalkan selama ini.

Tips yang ke-5 ialah :
(orang beragama Islam wajib laa baca...) 
5. Amal baca doa @ ayat pengasih
Sebenarnya, mummy ada beberapa ayat pengasih yang mummy amalkan setiap  kali berkomunikasi dengan orang. Nak tahu? (opsss...doa nie bukan utk manderam org okay...just doa dari ayat2 Al-Quran...biar mudah org nk terima @ suka pd kita )
Sekian,ilmu & pengalaman dari mummy..
Hope bermanfaat laa ye :)
 
Salam sayang dari mummy :)


 

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)