Monday, November 12, 2012

Tips Berhenti Tabiat Menggigit Kuku

Views


Assalamualaikum..
Sebagai seorang manusia biasa,mummy yakin 100% bahawa masing2 sure mempunyai tabiat@hobi tersendiri kan?Maksud tabiat di sini,seperti tabiat yg ‘buruk’ laa..Hehe..Contohnya seperti mesti tidur dgn bantal busuk,suka main rambut,suka main cuping telinga,suka bunyikan jari jemari & mcm2 lagi.. Kan?normal laa tue..tanpa mengira peringkat usia,kadang2 tabiat yg kita sudah terbiasa lakukan,for sure tabiat tue amat sukar utk dikikis..Salah satu tabiat buruk yg kebiasaan dilakukan ramai orang di luar sana (termasuk mummy juga) hehe,ialah GIGIT KUKU ..Maksudnya,tak kira di mana jua,bila masa sekalipun,sudah menjadi satu ‘habit’ utk mengigit kuku sendiri meskipun sudah memotong kuku dgn penyepit..Betul tak?Pada mummy yg kadang2 terbawa-bawa habit nie,mummy akui bagaikan satu kebiasaan@keseronokan kalau dapat gigit kuku terutama semasa mummy sdg berfikir sambil membuat kerja..Unik betul habit nie,tapi tue laa sukar utk dibuang daa..:)

Menurut kajian,bermacam-macam factor yg menjadi penyumbang kepada tabiat menggigit kuku nie dan salah satu daripadanya ialah STRESS…Tapi tahukah anda bahawa tabiat nie sebenarnya berbahaya dan berisiko utk kesihatan anda sendiri?So,utk entry kali nie,mummy dgn berbesar hati nak share ilmu sikit tentang kesan tabiat menggigit kuku nie dan cara mengatasi tabiat yg tidak sihat nie..Hope anda semua happy membaca dan mengaplikasikan sedikit sebanyak apa yg ditulis ye?



KESAN-KESAN TABIAT MENGGIGIT KUKU
•BENTUK KUKU BERUBAH : Sekiranya anda meneruskan tabiat ini,ia akan mengubah bentuk kuku anda menjadi rosak teruk sehingga nampak pelik dan kotor.
•HUJUNG JARI MENJADI MERAH@PEDIH : Jika tabiat menggigit kuku berterusan,ia akan menyebabkan hujung jari anda menjadi merah@pedih seperti dicucuh api.
•JANGKITAN KUMAN PADA KULIT : Ia berlaku apabila kulit sekitar kuku anda terkoyak sehingga membolehkan kuman & bacteria berjangkit ke dalam kulit di bhgn kuku.
•PUNCA MASALAH PERGIGIAN : Gigit kuku boleh menyebabkan gigi anda retak@sumbing malah jika gusi anda cedera ketika menggigit kuku,ia boleh menyebabkan jangkitan kuman pada gusi.
•KERACUNAN MAKANAN : Kesan dari tabiat suka menggigit kuku ialah keracunan dikhuatiri kuku yang digigit mempunyai kuman.





10 CARA ELAK TABIAT GIGIT KUKU

1.PAKAI KUKU PALSU
Kuku palsu ni merujuk kepada kuku berwarna-warni yg kini mempunyai pelbagai jenis rekaan & warna. (opsss…tak digalakkan ye,terutama pd org beragama Islam..
2.MENGUNYAH GULA-GULA GETAH
Hobi adalah utk melekakan diri anda dr tabiat menggigit kuku.Contoh tabiat yg boleh dilakukan maybe dgn mengunyah gula-gula getah@gula-gula lebih kurg seperti mahu berhenti rokok.

3.SOKONGAN RAKAN-RAKAN
Gunakan rakan-rakan utk beri sokongan kepada anda menghentikan tabiat kurang sihat ini.Mendapat sokongan rakan yg mempunyai tabiat yg sama adalah lebih baik kerana kedua-duanya memahami perasaan masing2..

4.TERAPI KURANGKAN STRESS
Stress antara punca anda melakukan tabiat ini.Oleh itu,carilah terapi seperti menghela nafas dalam2 atau mendapatkan rawatan spa bagi mengelakkan anda terus ‘hanyut’ dgn tabiat ini.

5.JAGA PERSONALITI
Personaliti & keterampilan diri adalah perkara pertama dilihat jikan berjumpa dgn orang.Oleh itu,apa kata cuba lekatkan gambar spt kuku yang sihat di dinding bilik misalnya utk membentuk keinginan anda yang mencerminkan personality anda.

6.JAGA KUKU DENGAN RAPI
Luangkan masa hujung minggu anda dgn melakukan terapi kuku yg member rawatan kepada anda.Jika tidak mampu untuk pergi ke spa,ikut sahaja langkah-langkah merawat kuku yg terdapat di laman web.

7.SAPUKAN GEL PENGHALANG
Sapu gel atau pengilat kuku di jari anda.Ia mampu menghalang kerana kamu akan berasa pahit sekiranya menggigit kuku yang disapukan gel itu.

8.CARI HOBI BARU
Hobi baru ialah hobi yang kamu boleh lakukan dengan jari anda seperti melukis,mewarna,menjahit atau sebagainya.Ia mampu melekakan diri anda dr terus dengan tabiat lama.

9.CARI PUNCA TABIAT ANDA
Cara ini lebih kpd mempersoalkan diri anda punca/masalah yg menyebabkan tabiat menggigit kuku. Sekiranya punca dpt dikesan,elak menangani punca itu dengan tabiat lama anda iaitu gigit kuku.

10.DAPATKAN NASIHAT PAKAR
Jika tabiat anda sudah teruk sehingga mencacatkan kuku jari anda,lebih elok utk anda berjumpa pakar utk mendapatkan nasihat@rawatan yang lebih professional.





Hope sangat info@tips di atas dpt membantu anda semua membuang@mengurangkan tabiat kurang sihat nie ye..Mummy pun mesti try..:)

Salam sayang mummy J
p/s:maybe nampak comel anda menggigit kuku tetapi kesan tabiat anda ni boleh buat jari kita nampak cacat@buruk tau!! Huhuu..




Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

4 comments:

Farha said...

Saya mase kecik2 memang ketagih sangat. Sangat teruk kuku sampai berdarah. Masuk sekolah menengah barulah ok sikit. Skrg dah tua, ok dah. Tapi anak sendiri pulak mengikut. huhuhuhu

Unknown said...

saya umur 24 dan sampai sekarang masih menggigit kuku.. ada efek nak dapat anak tak kalau rajin gigit kuku ni..? sebab kadang-kadang tertelan... hihihi.. tak sedar pun bila masa gigit.. tengok2 kuku dah kontot dah.

Unknown said...

Sama dengan sy.. tp skrng tngah mencuba bhenti dgn pkai inai..

Unknown said...

Sama dengan sy.. tp skrng tngah mencuba bhenti dgn pkai inai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)