Assalamualaikum..
Untuk entry kali ini,mummy nak share something yg boleh
dikatakan akan bermanfaat&berguna utk kita semua..NASIHAT suatu
kewajipan..Hah,mendengar tajuk je,mummy yakin pasti anda
faham apa yg ingin mummy sampaikan kan?
Orang lain biasanya nampak kekurangan & kelemahan kita yg
kita sendiri pun mungkin tidak menyedarinya.Disinilah perlunya sikap berlapang
dada.Dengan saling menasihati maka kita akan maju,cemerlang & terbuka
kepada perubahan.
Masalah timbul apabila seseorang itu sukar utk
dinasihati.Ada yg masam mencuka,ada yang marahkan kita tak kurang yg
tersentap.Akibatnya ramai mengambil langkah selamat & membiarkan shj si
Luncai terjun dengan labu-labunya.Namun,membiarkan org itu begitu sahaja
bukanlah langkah yg bijak kerana ada ketikanya apa yg dilakukan olehnya member kesan
kepada orang sekeliling,.Oleh itu wajarlah dia dinasihati.Malah jika dia
ingkar,sesuatu tindakan perlu diambil demi kebaikan bersama.
Berikut,beberapa langkah yg boleh difikirkan
apabila kita cuba menasihati org lain..
1.Nasihatkan
sahaja dan usah risau sama ada ia diterima atau tidak.Apabila menasihati
seseorang,kita bukannya mahu menunjukkan yg kita ni lebih baik sebaliknya hanya
mahu membantu org itu agar menjadi lebih baik dan cemerlang.Keikhlasan adalah
elemen penting apabila menasihati org.Apabila kita menasihati dari hati,ia juga
akan sampai ke hati.Usah fikirkan sama ada nasihat kita tu akan diterima atau
tidak sebab yang memberikan hidayah itu Allah..Tugas kita menyampaikan saja..
2.Apabila
menasihati,nyatakan saja perkara betul yg perlu dilakukan tanpa perlu menyebut
apa kesalahan,kekurangan atau keburukan org itu.Misalnya,bila seseorang itu
sering bercakap bohong,maka tidak perlu ulas ttg cakap bohongnya itu sebaliknya
jelaskan saja padanya yg kita lebih suka jika dia bersifat berterus terang
& berkata benar.
3.Pilihlah
masa yg sesuai apabila memberikan nasihat.Masa yg paling sesuai adalah ketika
kesilapan itu berlaku.Namun jika ia berkaitan dgn perangai buruk maka pilihlah
waktu orang itu dalam keadaan tenang dan bersedia.Itupun jika dia mahu
mendengarnya.Kita tidak mahu niat baik kita disalah tafsir lalu merenggangkan
hubungan.
4.Semak
semula cara kita menasihati.Mungkin pemilihan perkataan atau cara penyampaian
yg salah.Ada ketikanya seseorang itu tidak boleh menerima nasihat gara-gara
penyampaian kita yg salah seolah-olah mengaibkan,memburukkan dan menunjukkan
kita nie bagus.Sebab itulah penting bagi kita membina hubungan baik terlebih
dahulu sebelum menasihati.Usah main terjah je!
5.Betulkan
diri kita dulu sebab orang lebih percaya apabila kita boleh dicontohi dan
dipercayai. Kadang kala kita nie bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan
lurus.Sebelum menasihati org lain,nasihatilah diri sendiri dulu.Malah sepanjang
proses menasihati seseorang,kita perlu sentiasa cermin diri sendiri.
6.Rajin
tingkatkan ilmu sebab org suka berkawan dgn org yang ada ilmu.Mereka akan lebih
hormat,dan kelebihan itu boleh kita manfaatkan bagi kebaikannya juga..Oleh itu
kita perlu tingkatkan kualiti diri dalam aspek ketinggian ilmu agar dgn kuasa
ilmu yg ada maka bolehlah kita mempengaruhi dan mendorong org lain kea rah kebaikan.
So,ini laa antara beberapa ilmu yg dapat mummy
sharekan utk pengetahuan kita bersama.. Maklumlaa mummy pun x perfect
mana,so,mana yg kurang & lebih sama2 laa kita perbaiki J
Salam sayang dari mummy J
No comments:
Post a Comment