“Arghhh,,,tensionnya
boss aku nie..Banyak kerenah betul..Semua serba tak kena..Grr..”
Mesti ada antara kita yang mengalami situasi
sebegini..Termasuk diri mummy sendiri..Hehe..opsss…
Sebagai seorang pekerja,kita sememangnya mempunyai
tanggungjawab dlm menyelesaikan semua tugasan yg diberikan.Dan memenuhi arahan
ketua/boss juga merupakan tanggungjawab kita.Namun tak dpt dinafikan bahawa
terdapat juga jenis ketua/boss yg cerewet,leceh & kecoh..Kan?Fuhh,,mmg
pening la kepala dibuatnya kan..Apa tidaknya,semua hasil kerja kita dia tak
puas hati..Ada aje yg tak kena di matanya..Ketua/boss mcm nie mmg sangat sukar
difahami & sukar utk kita memuaskan hatinya..
So,apa agak2 nya yg boleh kita buat bagi menghadapi org
macam nie?
Actually mummy mmg ade boss macam nie..hehe..so,rasanya
sedikit sebanyak tips di bawah nie pun berdasarkan pengalaman mummy
sendiri..So,mummy harap anda semua dpt mempraktikkan@share tips2 nie..mana tau
berguna kan?hehehe…
1.Rileks kan diri &
tenangkan hati.
Disebabkan kita dah kenal perangai dia,maka tak payah laa
kita nak dok peningkan kepala & tensenkan kepala otak kita dgn
perangainya.Boss kita tue mmg peel@perangai dia mcm tue.Bukan kita dapat ubah
kan dia pun..Lagipun dia kan boss,manalaa nak dengar@mengalah dgn kita even
kita nie betul..Hehe..
So,langkah pertama,Jangan tensenkan diri anda,rileks2kan
diri,tenang2 selalu..Penting tau! Kerana kita perlu faham bahawa kita tak boleh
nak buat apa2 dgn org mcm tue..
Terima aje laa hakikat bahawa,kita nie pekerja @ kuli jek..
Tak guna nk mentensenkan diri sdri kan?
2.Bersedia dengan kerenah
boss.
Setiap kali berhadapan dgn boss yg cerewet adalah sgt
penting utk kita bersiap sedia dgn sebarang kemungkinan.Terutamanya menyiapkan
diri dari segi EMOSI.Kenapa?
Biasanya boss yg cerewet nie akan bertanya mcm2 soalan.Itu
laa ini laa..Penat nak melayan hehehe..Sabor aje laa..
Apabila boss tanya & arahkan mcm2 tue,anda dengar &
berikan respons positif pd arahannya..Walaupun mungkin telinga anda akan
berdesing panas mendengar bebelannya,tahankan aje..Cuba elak dr
membalas@melawan cakapnya.Cuba fikus kepada masalah@permintaan yg
dibangkitkannya.
Jangan nilai peribadi @ perangainya.Jangan ambil hati sgt
ttg cara bercakapnya yg mungkin kedengaran spt ego & berlagak..Percuma juga
kalau kita nak tunjukkan ego kita sekalipun.Rugi je tau,,Kita nie timun,boss
kita durian..Kalau boss lenyek kita,kita hancur..Dan kalau kita lenyek boss
pun,kita hancur..So,renung2 kan..:)
3.Buat kerja lebih daripada
apa yg boss arahkan.
Kalau nak kurangkan bebelan boss,anda kena buat kerja yg
diberikan melebihi drpd apa yg diharapkan.
Maksud mummy,contoh kalau boss nakkan sesuatu kerja tue
disiapkan pukul 5 ptg,cuba selesaikan kerja anda lebih awal dari itu,contohnya
pukul 3 petang ke.Ini memberikan tanggapan pd boss bahawa kita adalah seorg
pekerja yg cekap & mahir gitu…
4.Cuba kenalpasti kebaikan
& sikap positif boss.
Jangan terlalu memikirkan perangai buruk@sikap negative boss
je.Cuba perhatikan & kenalpasti kekuatan/kebaikan yg ada pada diri boss
kita tue..Almaklumla setiap org pasti ada kelebihannya kan?
Terima hakikat bahawa boss kita mmg betul2 bagus pd satu-satu
segi berbanding kita,,So, berlapang dadalah..Terima dgn hati terbuka.Buangkan
sikap prejudis kita.Cuba utk menghargai kebaikan boss kita.Jangan asyik dok piker
yg negative-negatif jek.Cuba tanamkan perasaan hormat kita pd boss dgn ikhlas..
5.Maafkanlah semua kelemahan
dan perangai buruk boss.
Semua manusia nie tak perfect.Masing-masing ada
kelemahannya.Jadi kita jangan dok sakit hati sgt dgn perangai buruk org
lain.Anggap saja la boss kita tue hanya seorang manusia biasa yg
lemah..Perangai buruknya yg cerewet & kepoh tue wajar dimaafkan.So,maafkan
aje laa..Or lg senang,pekakkan jek telinga bila ada sesuatu hal yg x
menyenangkan kita ok?Yang penting jgn sesekali tertekan/tension dgn perngai
boss kita tue..
So,ini saje yang dpt mummy
share kan..Hope anda boleh laa try tips2 nie,kot2 ada yang berguna kan?Masing2
ada cara tersendiri utk mengatasi setiap masalah nie..
Tepuk dada tanya diri..Selamat mencuba..
Tepuk dada tanya diri..Selamat mencuba..
p/s:boss mummy memang someone
yg too annoying..tp baik hati..suka pau dia belanja makan..:)
Sekian..Salam
sayang dr mummy J
No comments:
Post a Comment