Wednesday, November 21, 2012

Petua Hilangkan Bau Durian/Rokok

Views


Bau rokok dan durian memang sukar untuk dihilangkan,khususnya di kawasan yang bertutup seperti dalam bilik dan but kereta.Ada kalanya,bau durian di dalam but kereta boleh tertinggal sehingga berminggu-minggu walaupun duriannya sudah tiada.Ada beberapa kaedah utk membuang bau-bauan yang kurang enak ini..Mana tahu anda boleh praktikkan..:)



Kaedah pertama
Letakkan semangkuk cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak (e.g:bilik/kereta).Cuka akan bertindak untuk menyerap bauan yang kurang enak tersebut.


Kaedah kedua
Letakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak.Serbuk penaik akan menyerap bauan tersebut.Sekiranya bauan tersebut melekat pada karpet,anda boleh menabur serbuk penaik tersebut di atas karpet.Biarkan serbuk penaik dalam masa 30 minit.Kemudian anda bolehlah vakum serbuk penaik tersebut.Kaedah ini,juga boleh digunakan utk menghilangkan bauan yang kurang enak dari kerusi kereta,sofa,tilam dll..


Kaedah ketiga
Letakkan beberapa keeping roti putih (roti sandwich) di dalam kawasan yang berbau.Biarkan roti di situ untuk 1-2 hari.Pasti bauan tersebut akan hilang di resap ke dalam roti tersebut. Kaedah ini terbukti berkesan sebab mummy cuba letak dalam kereta mummy sebab bau rokok yang amat kuat (daddy punya kerja laa nie..hehe).Bila tutup semua tingkap dan biarkan roti tu di dalam kereta selama 2 hari,hasilnya bau rokok yang tidak sedap tu hilang sepenuhnya dari dlm kereta. (cuba jangan tak cuba)




Kaedah keempat
Letakkan arang di kawasan yang berbau kurang enak.Arang ni penyerap yang hebat tau!

Kaedah kelima
Jika bauan durian/rokok/bauan yang tidak enak melekat ditangan dan ianya tidak hilang apabila dibasuh,anda boleh membasuh tangan anda menggunakan jus limau/oren.Gosokkan tangan anda ke dalam jus tersebut kemudian,basuh tangan anda menggunakan air dan sabun.Akhir sekali,lapkan tangan anda menggunakan kain pengelap yang telah diletakkan cuka..:)


So,ini je lah yang dapat mummy share kan..Hope anda dapat praktikkan ye..
Kalau nak lagi senang hah! Pergi je supermarket,beli Febreze banyak2..hehe..settle!


Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

3 comments:

Nurul Farhana said...

Thanks 4 da info :)

Unknown said...

Sama2..cuba jangan tak cuba :)

kitatauke said...

haramkan merokok dalm kereta..lagi menyenangkan..hahahha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)