Wednesday, November 21, 2012

Ikan Siakap 3 Rasa

Views


Nyum nyum nyum!! Sejak dua menjak nie,mood rajin mummy berlumba-lumba datang untuk memasak..Before,asal nak memasak je,mesti tunggu weekend atau bila cuti kerja..hehe..(kantoi sudah) tapi lately,selalu dah kena ‘sekolah’ dengan Mr.Daddy,hehe..Padan muka diri sendiri..So,berbekalkan ilmu dari bapak mertua mummy yang dah semestinya pakar memasak ok,mummy cuba memasak 1 menu yang bukan calang-calang ok..hehe…my fav too..ingat susah nak buat,sekali dah masak,dengan tulang 4 kerat sendiri,rupanya simple bangettt…huhu..so,cepat ambil pen & kertas skrg , anda pun mesti kena mencuba..:)


Ikan Tiga Rasa
Bahan-bahan
×Ikan siakap/ikan kerapu (depend laa ikan apa anda suka-mummy pilih siakap)
×lengkuas (dalam 1 inci)
×halia (dalam 1 inci)
×cili api 5 biji (ikut pada tahap kepedasan anda ye)
×sayur-sayuran (mummy pilih:carrot,kobis bunga,timun & tomato)
×perahan air limau
×daun ketumbar (ini utk hiasan je)
×sos ikan
×serai 3 batang
×bawang putih 3 ulas dihiris
p/s:oh ya,lupa nak bagitahu,resipi mummy buat nie anggaran utk 2-3 orang je ok :)

Cara-cara membuat
×goreng ikan dalam minyak penuh ye,goring sampai garing.then letak tepi dulu.
×tumbuk lengkuas,serai,halia & cilia pi (kalau dapat,elak dr blender ya)
×tumis bawang putih sampai naik bau.
×masukkan bahan-bahan ditumbuk,biar sampai masak
×bila cili dah masak,masukkan sayur-sayuran
×tambah air sedikit kalau nakkan kuah sedikit
×masukkan sos ikan,perahan air limau dan garam (masuk gula jika suka-mummy tak guna gula)
×Dah settle semua,taburkan di atas ikan yang digoreng tadi.
×hiaskan dengan daun ketumbar (letak daun ketumbar,lagi sedap tau 3 rasa nya)

 


p/s:hah nie kalau ibu-ibu mengandung confirm suka dengan menu nie..hehe
apatah dihidangkan dengan nasi panas :)
senyum sampai ke telinga tau Mr.Daddy..alhamdulilah..
1st try,dah menjadi…
Thanks pada my father in law,atas resipi nya..
So,selamat mencuba ya..Kalau dah jadi tue,sudi-sudi kan komen & share ok..


Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)