Tuesday, November 20, 2012

Kek Batik

Views


Minggu yg lalu,tiba-tiba bangun je pagi,Daddy terus sound,”abang teringin nak makan kek batik mcm sayang buat hari tu” , wah! Hehe..bukan main hubby mummy sorang nie merequest..:)
So,apa lagi da pandai request pandai laa ke kedai membeli bahan kan?Hehe..Yes!Belum tengahari dah ready singsing lengan di dapur prepare bahan-bahan..
Jom,usha satu per satu bahan & step ya..! 



Bahan – bahan
√ 1 tin susu pekat (nak lawa tekstur nya nanti,guna susu F&N tau,mummy dah buat kajian pun..)
√ 3 – 4 cawan Milo (ikutlaa nak kemanisan yang mcm mana ya)
√ 1 bungkus biskut marie (kalau boleh guna biskut yg loose 350gm bukan biskut yg paket2)
√ 1 cawan buttercup (buttercup kecil guna semua , yg besar guna separuh)
√ 2-3 biji telur (mummy guna 2 biji je..sebab daddy tak suka bau telur sangat)
√1 sudu esen vanilla (untuk bagi wangi)
√3 sudu kecil serbuk koko (terpulang samada nak guna atau tak,actually mummy tak guna pun serbuk koko,sebab mummy nak kekalkan rasa milo nya)


CARA MEMBUAT
1stly patah-patahkan biskut , jangan la sampai hancur sangat , nanti tekstur nya tak cantik
campurkan serbuk koko (jika guna),milo dan susu di dalam kuali dengan api sederhana , dan kacau sentiasa
masukkan buttercup , kacau sehingga butter cair
kecilkan api , masukkan telur , kacau sampai agak2 pekat , padamkan api.. (time nie,mesti berkeroncong perut,tak tahan bau nya,sedap!)
masukkan biskut yang dipatahkan tadi,gaul rata sampai biskut tadi dah diselaputi coklat sepenuhnya
masukkan dalam loyang dan tekan-tekan sedikit supaya padat & penuh
simpan ke dalam peti sejuk (tak payah lama ½ jam cukup)
tips tak nak bagi melekat,alas la loyang dengan plastic.tapi mummy tak buat mcm tue pon , pasrah je..hehe…


Hah! Akhirnya inilah hasilnya…
  


Nampak sedap dan dah tentu la rasanya enak…Mudah dan cepat je buat..:)
Selamat mencuba…



Next time mummy nak hasilkan kek batik yang macam nie,.,
cantik je susunan nya..:)
Nantikan entry seterusnya ye..
 
 

Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

2 comments:

licha said...

wah. mummy.. tenkiu fr da resepi.. :) t sy plak nk buat

Unknown said...

mesti cuba tau..hehe..dah wat,share la dgn mummy..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)