Assalamualaikum..Mummy nak share
something isu yang sangat dipandang remeh kala ini.. Suka mummy nak highlight
kan di sini bahawa perkara paling penting (pada pendapat mummy la) untuk
mengekalkan keharmonian sesuatu perhubungan ialah perasaan kasih sayang,saling
faham memahami dan sikap tolenrasi (bertolak ansur) antara sesame pasangan.Persoalannya
adakah kita sudah mempraktikkan apa yang kita tahu?
So,berikut ni,mummy suka nak share 10
lagi tips bagaimana untuk menjadi pasangan yang baik kepada pasangan anda.
▪Terima seadanya.Jangan
cuba untuk mengubah pasangan mengikut kemahuan anda. Ingat,pasangan yang anda
kahwini atau cintai itu adalah pilihan anda sendiri.Jangan terlalu dambakan
kesempurnaan.Terima segala kekurangan kerana anda tiada manusia yang sempurna.
Cuba fikirkan kebaikan pasangan daripada terus memikirkan kekurangan dan
kelemahannya.
▪Berkomunikasi secara terbuka.Jangan
selalu membuat andaian mengenai perasaan pasangan anda.Adalah lebih baik
mengajak pasangan untuk berbincang secara terbuka mengenai segala hal. Belajar
untuk mengekspresi perasaan dengan cara terbaik supaya pasangan memahami anda
ketika anda marah,terluka,tersinggung atau gembira.Ucaplah kata sayang sekerap
yang mungkin walaupun kadangkala ia dianggap keterlaluan.Tetapi itulah yang
mahu didengar oleh pasangan. Sikap mendiamkan diri adalah sesuatu yang patut
dielakkan.
▪Aktiviti Bersama.Aktiviti
bersama mampu mengeratkan perhubungan.Carilah sesuatu yang boleh dilakukan
bersama.Misalnya,menonton video di rumah atau menonton wayang seperti waktu
bercinta dulu misalnya.Anda perlu berhati-hati jika anda lebih gemar untuk
bersama rakan-rakan melebihi pasangan anda.Ini kerana itu adalah petanda yang
tidak baik.
▪Tunjukkan cinta anda.Setelah
berumah tangga,ramai yang kurang mengambil perhatian mengenai perihal hati
pasangan.Ramai yang berkata ‘sudah kahwin untuk apa romantik lagi”. Itu adalah
tanggapan yang salah.Rasa cinta dan sayang tidak ada salahnya jika diluahkan
dengan sejambak bunga untuk isteri atau makan malam romantis untuk
suami.Menunjukkan rasa cinta secara berterusan kepada pasangan adalah sesuatu
yang mampu mengekalkan perhubungan pada tahap yang selesa.
▪Kawal Perasaan.Apabila
marah atau ada hal yang menganggu anda,cubalah bertenang dan bertanya kepada
pasangan.Elakkan tuduhan melulu dan meninggikan suara kerana ia hanya akan
membawa kepada pergaduhan.Pasangan akan menghargai jika anda bertenang dalam
menghadapi sebarang situasi.
▪Jangan ungkit kisah lalu.Berhentilah
mengungkit masa lalu yang negatif.Tidak ada sesiapa mahu mengingati kesilapan
yang mungkin merupakan kenangan pahit atau memalukan.Jangan jadikan kesilapan
lalu pasangan sebagai senjata setiap kali berlaku pertengkaran.
▪Kurangkan rasa cemburu.Setiap
individu tidak boleh lari daripada pasangan cemburu.Namun, cemburu yang
keterlaluan patut dielakkan kerana ia boleh mencetuskan pergaduhan dan rasa
tidak selesa pada diri sendiri.Hubungan cinta harus dibina atas dasar percaya
kepada pasangan.
▪Jaga komitmen antara satu sama lain.Elakkan membuat janji yang tidak mampu dipenuhi.Jika berlaku,ia
akan menyebabkan pasangan kurang menghormati kita.Menjaga kepercayaan merupakan
komitmen dalam satu perhubungan yang sihat.Apabila pasangan merasakan anda mula
mengaibkan komitmen,maka bersiap sedialah untuk kehilangannya.
▪Jujur.Jujur adalah perkara yg
penting dalam perhubungan.Jangan sesekali menipu pasangan kerana ia adalah
antara punca utama sebuah perpisahan.Kejujuran yang dimaksudkan adalah
kejujuran untuk mengungkap perasaan kita terhadap pasangan.Jika terluka katakana
bahawa anda terluka.Katakanlah dengan tenang tanpa perlu meninggikan suara.
▪Beri layanan terbaik sepanjang hidup.Layanlah pasangan anda seperti sebelum berkahwin.Jika dahulu
jalan berpimpinan tangan,pimpinilah tangan pasangan anda setelah
berkahwin.Ramai pasangan cenderung untuk mengabaikan keakraban perhubungan
selepas berkahwin kerana lebih tertumpu kepada keperluan keluarga atau
anak-anak.
Itulah antara 10 tips yang dapat mummy
kongsikan..semoga bermanfaat..:) lagipun mummy rasa anda semua mesti dah faham
dan tahu ttg tips-tips di atas kan?So,cuma diamalkan la ye..Untuk kebaikan
bersam juga kan? Hehehe..
Sekian
No comments:
Post a Comment