Assalamualaikum…Wah,mummy
ada laa usha satu blog nie,dan baca punye baca,memang interesting! Baca title
aje , dah teruja kan nak tahu , apakah ia? So,mummy adjust sikit & share
panduan nie dgn anda semua .. Bermanfaat tau,, sharing is caring hehehe..
Awak-awak sekalian,sesungguhnya Nabi SAW pernah berkata : “Barang siapa yang mengikuti sunnah ku beerti dia cinta
kepadaku.Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga
bersamaku.” See..mudah kan?Betapa sayangnya
Rasulullah kepada kita umatNya..Sape nak masuk syurga *ANGKAT TANGAN* please…hehehhee…
Actually,banyak sekali kebaikan & kelebihan jika kita
mengamalkan sunnah Nabi.
Ulama berkata,pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan.Siapa
amal sunnah,dia akan mendapat 2 keuntungan . Apa keuntungan nya tue?? (BACA TAU!..Ilmu…)
▪Pahala yang berlipat ganda
▪Keberkatan
Jadi kali nie mummy nak share dgn anda semua tentang sunnah-sunnah makan (setakat yang mummy faham je la ye) . Bolehlah kita sama-sama amalkan ok?
1.Cara duduk ialah
seperti duduk tahiyat awal tetapi lutut kanan dinaikkan. Posisi duduk ialah
paha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri..Faham??
Hmm,,susah juga nak di explain kan..hehehe..Nah!usha pic nie.. (pic contoh utk kaum lelaki , utk kaum2 wanita mcm mummy seelok
molek laa ye? )
Sebenarnya cara duduk mcm
ni banyak kebaikannya.Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut &
ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian.Iaitu 1/3
ruang adalah utk makanan,1/3 untuk udara dan 1/3 lagi utk air..
Tapi ka nada juga orang tanya pada mummy..Macamana
kalau kita makan atas kerusi/meja?Hmm kalau makan atas kerusi/meja,tak boleh
laa ikut sunnah..Sebab kalau ikut sunnah,makan kena atas lantai..Hehehe
(terus terbayang masa zaman budak-budak, suka sangat makan kat
atas lantai,bentang suratkhabar,makan ramai-ramai dengan mama & abah)
2.Makan menggunakan
tangan.Bukan guna sudu/garfu,bukan guna chopstick.Tetapi guna tangan kanan.Ada
kajian membuktikan bahawa pada tangan / jari kita ni ada enzim yang 10 kali
ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur.Enzim ni berguna untuk
mencerna makanan..
3.Makan dengan
menggunakan 3 jari.Ada orang kata,macamana nak makan dgn 3 jari saja. Susah la
kalau nak makan nasi..Hehe..Nabi dulu takpela baginda makan roti je..Laa,terkelu
juga mummy nak jawab..Huhu..Pada mummy tak de laa susah mana..Orang-orang Cina
pun diaorang makan guna chopstick je..2 batang kayu je guna.Ok apa?kan?So apa
yang susahnya makan guna 3 jari? Cuba dulu… Mummy sarankan,guna dulu 3 jari
pada suapan pertama.Lepas tu,hah,makanlah macam biasa,.At least dpt laa sikit
pahala sunnah kat situ..
4.Apabila nampak
makanan,disunatkan baca doa “Allahuma baariklana…”
5.Sebelum makan,disunnahkan untuk basuh kedua belah tangan dan
juga berkumur-kumur.
6.Sebelum menyuapkan makanan ke dalam mulut,sila baca doa “Bismillahiwa’ala barokatillah”
7.Lepas makan,kita disunnahkan untuk menjilat jari-jari kita yg
digunakan utk mengambil makanan tadi.Hikmahnya?Kandungan enzim yg ada pada
tangan/jari kita tadi makin cepat bercampur dgn makanan dan seterusnya
memudahkan proses pencernaan..
8.Makan dalam 1 dulang yg sama secara berjemaah.Cara ini akan
meningkatkan rasa sayang terhadap sesame kita.Selain itu,amalan ini dapat
mengelakkan sebarang pembaziran..
9.Makan ketika lapar,berhenti sebelum kenyang.Hah!Nampak macam
senang kan?Tapi sebenarnya susah nk diamal..
Sekian sudah..semoga kita sama-sama dapat beramal ye?Makan ikut
sunnah Nabi SAW ni sangat penting tau!Kalau kita makan tak ikut sunnah,maka
kita hanya makan ikut adat sahaja..Macam lembu & kambing..Makan sebab lapar
dan sebab nak penuhi nafsu makan je..
Jadi pilihan di tangan kita..Nak makan macam mana??Hehehe…
No comments:
Post a Comment