Assalamualaikum…
Entry kali ni mummy nak share satu ilmu yg majority antara kita
mengetahui tentangnya..Jom usha!
Anda dilanda ujian hidup yg menekan jiwa?Anda tertekan emosi dek
keperitan yg menimpa?Anda resah dan gelisah kerana cabaran yg melanda?
Bacalah kata-kata semangat
ini ye..Semoga diri kita termasuk laa diri mummy sendiri akan lebih tenang
& tabah sentiasa..
Aminn..insyaallah… (aminkan sekali ye)
•Carilah hikmah dalam setiap ketentuan ALLAH,supaya timbul
kesabaran & kesyukuran..
•Setiap yg payah pasti ada kesenangan..
•Dan setiap kesabaran pasti ada ganjaran..
•Jika sesuatu itu ditakdirkan utk kita,tiada siapa yg dapat
menghalang..
•Namun,jika ia ditakdirkan bukan utk kita,pasti takkan dimiliki
walaupun sudah berada di dalam genggaman..
Ingat ye,
√sekuat mana pun godaan yg kita hadapi,sekukuh apa pun cubaan yg
harus kita depani,sebesar mana pun kegagalan yg kita rasai, sesusah mana pun
hari-hari yg kita lalui,jangan pernah berhenti berharap pd Allah SWT.Jangan
berhenti berdoa!
√Kerana apa?Kerana harapan adalah masa hadapan..Kerana harapan
adalah sumber kekuatan..
√Kerana apa?Kerana doa adalah pintu kebaikan..Dan kerana doa lah
senjata orang yg beriman :)
•Tenang-tenangkanlah dirimu
•Belajarlah pasrah & redha atas ketentuan-NYA
•Sedarlah diri kita nie hanya insane kerdil yg lemah dan tidak
berdaya
•Dari Allah kita datang dan kepada Allah jualah kita akan
kembali
Semoga apa yg mummy share kan nie dapat member motivasi sedikit
sebanyak kepada diri kita juga ye termasuklah diri mummy sendiri..
Al-maklumlah,pelbagai dugaan&cabaran Allah timpakan ke atas
diri kita bukan shj untuk menguji sejauh mana keimanan & ketakwaan kita
tetapi adalah sebagai satu jalan pembelajaran :)
Sekian...
No comments:
Post a Comment