Assalamualaikum.Setelah hampir seminggu mummy busy promote segmen ,sempat juga laa mummy usha-usha mencari bahan untuk dimuatkan dalam entry baru :) Maklum lah,sambil buat entry,sambil tambahkan follower..2in1.. Baca tajuk kat atas.Macam confused sikit kan?By the way,entry ni sesuai dibaca semua kelompok umur dan jantina.Jom kita baca satu per satu.
Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja.Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya.Adakalanya si wanita ini berkata:
"Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la.Bukan menyusahkan kau pun!"
Sebenarnya itu pun dah silap!Dek kerana dirinya yg tidak menutup aurat,beliau telah membuatkan org-org yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa.Siapakah orang-orang itu?Mereka ialah:
*suaminya / *ayahnya / *saudara lelakinya / *anak lelakinya
Keempat-empat lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul bebanan dosa yang dibuat oleh seorang wanita.Selain itu,di bawah,ada juga mummy senaraikan org-org lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita :
i)Sahabat : Sahabat yg menyuruh,mencadangkan dan yg dijadikan contoh utk seornag
wanita membuka aurat.Berdosa kerana tidak menegur (dikira tidak
menyampaikan amanah Allah).
ii)Orang yang melihat : Sesiapa sahaja yg melihat dgn syahwat & ghairah akan
menanggung dosa penglihatan & dosa hati.Setiap mata yg
memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan
si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.
iii)Jurufoto : Jurufoto yang mengambil gambar wanita yang bukan mahramnya yang tidak
menutup aurat adalah berdosa.Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan
gambar itu di dalam internet,majalah dan sbg nya.
menyebarkan gambar wanita yg tidak menutup aurat dalam FB,
Tagged,Friendster,Twitter dan lain-lain turut menanggung dosa.
Dalam Islam,apa sahaja yang haram adalah haram utk dijual dan
disebarkan.
v)Pembeli/Pembaca : Orang yang membeli atau membaca turut menanggung dosa.Sesiapa
yang menyumbang dan memberi sokongan utk kejayaan mereka yg
mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing.
Inilah antara orang-orang yg menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Nauzubillah.Setelah membaca ,mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak
dosa yang telah kita kumpulkan?Beristighfar :)
Sumber nota : MR.PEN PATAH
Sumber gambar : MR.GOOGLE
3 comments:
nice sharing mummy.. :) May Allah bless u....
thanx syg ;) keep support me ok ;)
My pleasure mummy chantek...will support u! keep blogging :D
Post a Comment