Thursday, January 17, 2013

Keistimewaan Wanita..Mesti Baca..

Views

Mummy berkenan sangat dengan 1 memo ni dari 
FB Ustazah Siti Nor Bahyah...
Jadi mummy pun murah hati nak share dengan reader2 sekalian
terutama kaum hawa :)

1.Doa wanita lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayang yg lebih kuat drpd lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasullulah SAW akan hal tersebut,jawab Baginda 
"Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang
tidak akan sia-sia"

2.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 orang 
lelaki yang soleh

3.Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama
orang yg sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya

4.Barang siapa yang membawa hadiah
(barang makanan dr pasar ke rumah) lalu diberikan kpd keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan drpd anak lelaki.Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku 
(Rasullulah SAW) di dalam syurga

6.Barang siapa mempunyai 3 anak perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 anak perempuan,lalu dia bersikap ikhsan dalam pergaulan dengan mereka
dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab,maka
baginya adalah syurga

7.Daripada Aisyah r.a Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya,lalu dia berbuat baik kepada mereka,maka mereka akan menjadi penghalang baginya drpd api neraka

8.Syurga itu di bawah telapak kaki ibu

9.Apabila memanggil akan engkau 2 orang ibubapamu,maka
jawablah panggilan ibumu dahulu

10.Wanita yg taat berkhidmat kpd suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka
dan terbuka pintu-pintu syurga.Masuklah dari mana-mana pintu
yang dia kehendaki dengan tidak dihisab

11.Perempuan apabila solat 5 waktu,puasa sebulan Ramadhan,memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya,masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yg dia kehendaki

12.Tiap perempuan yg menolong suaminya dlm urusan 
agama,maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu
drpd suaminya (10,000 tahun)

13.Apabila seorang perempuan mengandung janin di dalam rahimnya,
maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

14.Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yg berjihad pada jalan Allah SWT

15.Apabila seorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia 
daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya

16.Apabila telah lahir (anak) lalu disusui,maka bagi ibu itu setiap satu tegukan drpd susunya
diberi 1 kebajikan

17.Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara
anaknya yg sakit,maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan
70orang hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah SWT











Terima Kasih kerana membaca entry mummy..kalau suka like laa yer :)

7 comments:

Unknown said...

betapa bertuahnya kita sebagai wanita kan kak :)

Unknown said...

tau xpe :) bertuah sngt..Alhamdulilah :)

cik lisa said...

alhamdullilah bersyukur saya sebagai seorang perempuan ;)

Unknown said...

Amin..sama lah kita..alhamdulilah :)

LiLy @ MaMaQiStInA said...

Alhamdulillah..bertuahnye menjadi seorang wanita..^^

Unknown said...

of course my dear..alhamdulilah :)

Unknown said...

Untungnya menjadi seorang Wanita , Alhamdulillah ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Semua entry dan post di atas adalah Hak Milik Pena Biru Mummy :)