Hari nie,mummy rajin nak
jalan-jalan ke blog2 hiburan..Sejuk je mata memandang,kini ramai banget artis-artis wanita
yang sudah mula
mengenakan hijab..Alhamdulilah..seperti juga mummy sendiri,yg secara jujurnya
juga sedang belajar sikit demi sikit memenuhi tuntutan agama ini.:) So,terdetik
juga dlm hati,selain berhijab kerana mahu memenuhi tuntutan,pemilihan fabric dan
style tudung amat perlu dititikberatkan.Selain itu,jangan lupa WARNA juga turut
memainkan peranan utama bagi si pemakai hijab.Kan?Jom mummy share..Opss tak
lupa credit to tuan blog ini
di atas post yang superb
ini.
Memilih tudung pun ada
peraturannya tersendiri.Selain dari jenis fabric,warna juga turut menjadi bab
yang sangat penting.Terdapat beberapa padanan warna tudung yang boleh
disesuaikan dengan warna kulit wanita Asia.Antaranya ialah:
i)Bagi yang berkulit
cerah,warna-warna tudung seperti ungu dan hijau boleh dijadikan pilihan.Wajah
anda akan kelihatan lebih segar dengan padanan warna-warna sebegini.Elakkan
memakai warna yang gelap seperti coklat muda kerana ia hanya akan membuat wajah
anda nampak kusam/tidak bermaya.
ii)Bagi yang berkulit
sawo matang pula,pilihan warna seperti merah hati,kuning & oren mampu
membuatkan kulit anda nampak lebih cerah.Tapi cuba elakkan memakai warna gelap
kerana ia hanya akan membuatkan penampilan anda nampak tenggelam.
iii)Untuk wanita yang
memiliki kulit gelap,sebaik mungkin elakkan memakai warna-warna gelap seperti
coklat tua dan hitam.Untuk nampak lebih segar,cubalah padankan warna-warna
terang dan gelap sekali.
iv)Untuk wanita yang
berkulit kuning langsat,cuba gayakan tudung drpd warna-warna tropika seperti
biru,merah jambu,oren & kuning.Tetapi elakkan memakai warna hijau kerana ia
akan membuatkan wajah anda kelihatan kusam.
Read more...